Tidak tahu mana hendak mula. Sudah lebih setengah jam berada di hadapan komputer ini. Setiap kali lengkap satu ayat yang dibuat sebelum ini, terus saya tekan butang backspace. Zaa sudah lena dibuai mimpi. Housemate keseorangan malam ini. Kelas Arabic berakhir pukul 9. Tak larat den nak balik malam-malam buta. Hari ini, belajar nahu. Bila hendak dibaris bawahkan huruf, bila hendak di baris hadapankan danbanyak lagi.
Sambil belajar 'rules' sambil ustaz pesan. Lihat di dalam Al Quran. Sambil baca sambil semak semula apa yang dipelajari. InsyaAllah, kita akan rasa more engaging with Quran when we read it. Jadi, wajiblah dipraktiskan selepas ini.
Hendak berkongsi apa yang dibaca mengenai taubat. Kita kalau dengar jer perkataan taubat, terus bayangkan orang yang bertaubat tu sebab buat dosa besar. Lupa bahawa dosa-dosa kecil tu pun akan menggunung menjadi besar. Dosa-dosa batin yang tak nampak pun, boleh menghitamkan hati.
Bukan apa, esok lusa tak tahu mati bila. Jika tangguh taubat tu, sempatkah kita? Boleh ker cakap pada Izrail, "tunggu jap..aku nak bertaubat dulu, jangan cabut nyawa aku." Bertaubat itu adalah wajib dan harus dilakukan berterusan. Seseorang itu tidak akan terlepas daripada melakukan maksiat yang dilakukan oleh tubuh badan. Jika dapat menghidari maksiat secara zahir pun, kita tak terlepas daripada melakukan dosa-dosa batiniyah, yakni dosa-dosa yang disebabkan sifat-sifat buruk di dalam hati. Kita juga tak terlepas daripada pujukan syaitan yang sentiasa nak menyeleweng kita, atau ingin buat kita lupa ada Allah.
Apabila kita membuat dosa, maka naiklah titik titik hitam di hati kita. Jika tidak bertaubat, hati terus menerus menjadi gelap. Hati yang kotor dan berkarat bagaikan karat yang melekat pada besi.
Sabda Rasulullah,

"Bahkan apa yang mereka kerjakan itu menjadi karat pada hati mereka"Maka dengan taubat ini, kita dapat membersihakan karat yang menyelaputi hati seterusnya mengangkat kegelapan dari hati. Jika kegelapan sudah lenyap, hati yang bercahaya, timbulnya ketaatan dan pengabdian. Jika hati masih belum suci/bersih maka sukar untuk timbul kebaikan-kebaikan secara ikhlas.
(Surah Al-Muthaffifin, ayat 14)
Sabda Rasulullah,
Jadi, untuk memadamkan kegelapan hati, maka buatlah kebaikan sebanyak mungkin. Di kala masih diberi kesihatan yang baik, usahalah untuk beribadah dan berbuat kebaikan sebanyak mungkin. Semoga kebaikan yang dilakukan dapat memadamkan dosa2 yang terpalit. InsyaAllah..yang penting berusahalah menjadi insan yang lebih baik.
"Ikutilah keburukan itu dengan kebaikan, maka kebaikan itu akan memadamkan keburukan"
Wahai hati, jangan engkau mati.InsyaAllah...
Pergi maksiat, pergi dosa,
Jangan engkau terus lekat.
Biar damai hati,
Biar suci,
Biar bersih,
di hadapan Ilahi.
Comments