21 Hari

Ada perjanjian sulit dengan housemate. 21 hari. Mengikut perjanjian asal 21 hari berturut-turut. Haaa.. perjanjian apa?

Perjanjian masak untuk dia selama 21 hari berturut-turut. Hehehehe. Ini kes nak balik Malaysia hari tu. Tak larat guwe nak angkut beg ke airport sorang-sorang naik bas. Jadi, minta tolong housemate sambil menabur janji-janji manis. Rupanya, janji-janji manisku menjadi perjanjian yang benar. Housemate kata 21 hari berturut-turut. Tapi guwe tak mampu nak masak setiap hari sebab dalam seminggu ada 2 hari kelas bahasa di waktu malam. Jadinya, dalam seminggu dua hari guwe akan menjadi nomad merempat di rumah kawan berdekatan dengan Uni ni.

Ahad lepas dah masak. Isnin dah masak. Yay! tinggal 19 hari lagi. Malam ni nak masak apa yer? Ada sotong (dah masak sambal sotong Isnin lepas), ada ikan kembong, ada udang...sayur berlambak-lambak lagi ada dalam peti sejuk tu. Ermmm dah lama tak makan ikan masak taucu.

Comments

ellyWong said…
LOL adeh~

selamat lah bermasak mimi! :D
soliloquy said…
waaa...sonokye...
mai sini sy bt agreement cmtu gak la :P
Mimiamilia said…
elly,

ehehe yer..selamat la saya.

saffa,
boleh2 tapi awak yg kena masak :P