Tentang Ikhlas

"Kak Mimi, macam mana nak ikhlaskan hati?"

Aduhai, aku bukan orang yang layak menjawab pertanyaan ini. Kadangkala hatiku ini  ada masanya tidak ikhlas adikku. Aku juga manusia yang lemah yang terkadang imanku juga ada naik turunnya.

Tapi, yang aku tahu, ikhlas itu bila apa jua yang kau lakukan, bukanlah kerana manusia. bukan kerana mahukan sesuatu Tapi hanya kerana Allah. Lillahi Taa'la.

Ikhlas itu, bila kau belajar, kau belajar bukan untuk lulus peperiksaan, bukan untuk menggembirakan hati ibu bapa mu tetapi kerana Allah.

Ikhlas itu, bila kau memberi, bukan untuk dipuji, bukan untuk nama, tetapi kerana Allah.

Ikhlas itu, bila kau berubah menjadi lebih baik, bukan for the sake of 'naqibah' mu atau bukan kerana kawan-kawanmu. Tetapi kerana Tuhanmu.

Ikhlas itu, bukan kau bersahabat kerana kau sunyi, bukan untuk bersuka ria tetapi kau bersahabat kerana Allah.

Ikhlas itu,  bila kau mengasihi seseorang, kau kasihinya juga kerana Allah.

Memang pasti! Ikhlas itu kau lakukan segala kerana Allah.

Kerana kita hidup ini hanya untuk mencari keredhaan Allah.
Dengan keredhaan Allah, kau akan lulus exam mu,
dengan redha Allah kau akan membahagiakan ibu bapa mu,
dengan redha Allah, pemberianmu akan bermanfaat,
dengan redha Allah, akan ditunjukkanmu ke jalan yang benar,
dengan redha Allah, sahabatmu adalah sahabat sejati,
dengan redha Allah, orang yang kau kasihi dan dirimu sentiasa berada di bawah lindunganNya.


Ikhlas itu kupandang sebagai sesuatu yang murni, terpancar dari hati yang suci, yang membawa diri terus kepada Ilahi..

Jika kau melakukan sesuatu, tapi belum dapat mendekatkan kau pada Penciptamu..
Makanya,
Kau belum ikhlas!

Adikku,
Di pengakhirannya nanti,
Kita hanya mengharapkan keredhaan Allah
Untuk berada di dalam syurga yang dijanjikan..
Syurga itu pasti.
Bukan khayalan semata..


Comments

naimisa said…
Ilmu ikhlas ini ada versi santainya dalam filem Kiamat Sudah Dekat (Indonesia).

--------
-:)
Mimiamilia said…
Terima kasih naimisa,
walaupun dah tengok berulang kiamat sudah dekat, mungkin perlu ditonton lagi...:)
ellyWong said…
"i like" button tick!
Kay said…
terima kasih Mimi...
Mimiamilia said…
amy n kay ;)