Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah
Syukur ke hadrat Ilahi yang membantu kami melancarkan program MyFruehling kali ini. Walaupun tidak ramai yang hadir, bukanlah bilangan yang dicari, tetapi redha Allah terhadap program yang dijalankan.
Summer camp ini dijalankan di Fraunsee,Berlin yang MasyaAllah sangat cantik! Pokok-pokok disekitarnya, ada tasik dan pelbagai binatang (kuda,kambing etc) yang ada, menyumbang kepada ketenangan sepanjang program dijalankan.Walaupun kena berkongsi kawasan ini dengan 'budak-budak punk' yang ada konsert di situ, tapi alhamdulillah...tak dengar langsung konsert tu pun dan tak menjejaskan langsung program yang dijalankan.
Dalam banyak-banyak aktiviti yang dijalankan, yang aku rasa paling terkesan adalah ketika solat dipayungi dengan pokok-pokok yang tersusun, bersejadahkan rumput dan daun kering. Bila solat di tempat terbuka ni, terasa sangat connection diri dgn Alam seterusnya connection dgn Allah. Solat pun rasa sayu jer.
Ada banyak nak cerita. Tapi ngantuk yang amat! 3 malam tak cukup tidur...
Keterangan gambar mengikut pusingan jam. 1. solat bersama alam. 2. peserta perempuan 3. Tadabbur Al quran dan tadabbur alam. 4. Problematika ummah bersama Pak Makkiy
Comments