Perkahwinan itu sangat suci. Bukan sekadar memenuhi fitrah diri. Tetapi juga sebagai jalan untuk menuju redha Allah. Suami dan isteri masing-masing perlu berwawasankan syurga dalam mendirikan rumahtangga. Kata-kata itu adalah daripada Syeikh Ahsan ketika aku mendengar ceramahnya petang tadi."Marriage is a sacred union.The union of two heart in the name of Allah"
Tajuk ceramahnya sangat menarik : Boys and Girls falling in Love or falling in Lust. Kupasannya lebih menjurus kepada pemahaman perayaan Valentine's Day dan larangan menyambutnya serta bagaimanakan menyalurkan rasa cinta dan kasih sayang mengikut syarak. Syaikh menceritakan sejarah kewujudan perayaan ini. Tidak perlu aku ulas panjang lebar.Aku rasa masing-masing boleh google dan merujuk banyak sumber di internet. Keywordnya : Saint Valentine dan Lupercalia.
Hubungan sebelum perkahwinan itu sememangnya tidak wujud dalam kamus seorang Muslim. Hubungan antara lelaki dan perempuan hanya selepas perkahwinan. Tiada istilah girlfriend atau boyfriend. Tiada istilah couple Islami. Tiada istilah cinta anta anti. Kerana sucinya hubungan itu, semuanya hanya dibenarkan selepas perkahwinan. Suatu masa dulu ketika aku di zaman gelapku, diulit cinta manusia, aku sering jterfikir-fikir juga alangkah bagusnya jika aku menjalani proses perkahwinan yang betul. Bermula dengan taaruf dan seterusnya. Alhamdulillah, Allah sangat sayang padaku. Dia keluarkan aku dari kegelapan itu. Kini peluang aku masih ada. Cuma masanya belum tiba. Allah mahu aku jadi wanita terbaik dahulu.Jadi wanita solehah dulu.Biar cukup bekal untuk kubawa ke alam perkahwinan . Aku yakin, Allah janjikan yang terbaik untukku.(maaf, luahan perasaan pula jadinya)
Kembali kepada ceramah petang tadi, Syeikh banyak bercerita bagaimana menunjukkan rasa kasih sayang selepas berkahwin. Contoh teladan terbaik adalah junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Hubungan dalam perkahwinan harus mempunyai dua elemen penting iaitu rahmah (belas kasihan) dan kasih sayang seperti yang disebut dalam Surah Ar Rum ayat 21:
Syeikh kata, bagaimana baginda menunjukkan rasa kasih sayangnya adalah dengan banyak menggunakan gesture diantaranya baginda selalu memberi senyuman. Menurut Aisya R.A, tidak pernah Rasulullah masuk ke rumah tanpa senyuman. Alangkah bahagianya kita jika pulang ke rumah, kita disambut senyuman ataupun jika penat mengemas rumah, suami pulang dengan senyuman.Kawan-kawan ku yang dah berkahwin di luar sana, sentiasalah memberi senyuman. Senyuman itu mendamaikan... :)"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir"
Rasulullah juga selalu membuat perkara-perkara yang sesetengah orang menganggapnya remeh kepada keluarganya. Baginda apabila pulang kerumah sentiasa bertanya khidmat apa yang diperlukan darinya. Kesibukan baginda sebagai pemimpin umat, tidak pernah membuatkannya lupa tanggungjawab kepada keluarga.
Yang seterusnya, aku ringkaskan beberapa point mengenai cara Rasululluah menunjukkan kasih sayangnya yang syaikh beri dalam ceramah :
Wsalam.
- Rasulullah selalu bertanyakan hal yang dilakukan oleh ahli keluarganya.
- Rasulullah akan membela atau memuji ahli keluarganya semasa kehadiran mereka atau tidak. Contohnya, Rasulullah pernah ditanya mengenai siapakah baginda paling sayangi. Baginda menjawab Aisya R.A.Tetapi yang bertanya mengatakan dia bertanyakan lelaki yang paling disayangi.Lantas Rasulullah menjawab "bapanya (Aisya)".
- Selalu menyebut-nyebut mengenai orang yang disayanginya. Rasulullah selalu menyebut-nyebut Khadija walaupun selepas kematiannya sehingga Aisya merasa cemburu.
Wsalam.
Comments