Tempat bermain

"Mi, weekend ni kau pergi mana?"

"Aku pergi Birm." (Dah jadi macam rumah kedua pulak Birm ni)

"Habis tu, bilanya usrah aku?"

Aku tersenyum.Alhamdulillah..dia masih lagi ingatkan usrahnya.

"Kau join Rabu ni, aku buat untuk ofismate,Kak A, and Kak N. Lunch hour.InsyaAllah.."

"Ooo.. kalau macam tu boleh la guna bilik aku.Senang sikit kalau nak makan ke solat ke.Fatma, u join us next Wednesday ok". Katanya bila Fatma tiba-tiba muncul keluar dari biliknya.

"But Fatma, usrah will be in Malay". Aku tahu Fatma nak sangat usrah, tapi kehadiran gadis Turki ini akan menyulitkan dirinya sendiri. Bukan tak boleh berusrah dalam English, tapi aku rasa banyak perkara yang tak tersampai pula disebabkan English yang tak begitu "power" ini.

"Why? I want to join too.."

"Z can be your translator if you want to join us". Kataku bila melihat kekecewaan di mukanya.

"Fatma, you can be with us while we doing tilawah.You are good in reciting Quran"


Aku merasakan ramai lagi manusia yang mahukan kemanisan iman ini. Yang dahagakan pengetahuan tentang Pencipta diri. Ramai yang mahu mencari kebenaran agama.Tetapi, ramai juga yang menutup hatinya untuk menerima kebenaran ini. Masih ramai belum sedar mengapa diri diciptakan. Dunia ini telah menghanyutkan manusia. Dunia ini nampak lebih penting dari Akhirat. Jika kau diberi peluang buat kerja PhDmu atau beri masa 2 atau 3 jam untuk berusrah atau bersama-sama dalam majlis-majlis ilmu yang merupakan taman-taman syurga Allah di dunia ini, manakah yang kau akan pilih? Jika diberi pilihan untuk menyudahkan kerjamu atau segera bersolat, manakah pilihanmu? Jika kau diberi pilihan untuk membeli kereta yang hebat atau sedekahkan wang mu kepada jalan Allah dan bercukup dengan apa yang ada, mana pilihanmu?

Keutamaan atau 'priority' kita sekarang sudah berbeza. Dunia terlalu menarik kita. Dunia terlalu menyusun hidup kita hingga kita lupa yang dunia ni hanya persinggahan sementara. Dunia membuat kita lupa diri.

Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan.Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengerti.(Al Ankabut, ayat 64)
 Adakah kau mengerti? Mari muhasabah diri...

Comments