Sharing

"Sewaktu pergi ke Dundee tahun lalu, akak tengok ada beberapa orang yang pegang Quran yang bertanda dengan 'marker' warna-warni. Masa tu rasa diorang best sangat sebab boleh faham Quran. Then, Kak Huda datang ke Glasgow cakap nak sharing pasal interaksi dengan Al quran..." 

Di situlah titik permulaan jatuh cintanya adik usrah ku pada tarbiyah yang membawa kepada perubahan yang besar dalam  hidupnya. Semalam, kami berkongsi rasa dengan adik-adik dari Mesir yang mengembara di bumi UK ini. Perkongsian adik usrah ku ini yang paling menyentuh hati.Setiap bait perkataan yang dibicarakan begitu ikhlas hingga membuatkan ramai yang menitiskan air mata. Turning point yang cukup cantik yang Allah telah susun untuk dirinya.Alhamdulillah...
"Kerana sudah jemu dengan kawan-kawan yang tak bawa saya ke mana, yang entah apa-apa, maka saya pilih jalan ini"
Adik usrah yang seorang lagi pula berkongsi. Hidayah Allah datang dengan berbagai cara.Mungkin dengan detik hati, mungkin dengan ujian, mungkin dengan keadaan sekeliling. Alhamdulillah, kini ku lihat wajahnya penuh ketenangan. Kawan-kawan Widad Mu'nisah banyak membantunya.
"Hidayah tu umpama cahaya di luar tingkap. Terpulang kepada kita, nak menutup langsir supaya cahaya tidak masuk atau membukanya seluas-luas."
Seorang lagi adik berkongsi. Berkongsi mutiara yang diperolehinya ketika berada di France minggu lalu. Pengalaman itu aku kira sangat berharga pada dirinya, dan membuka matanya sendiri.

Aku juga berkongsi pengalaman. Mungkin cerita pengalaman ku adalah cerita basi untuk Widad Mu'nisah.Tetapi apa yang ku harap mereka yang berada di situ mengambil iktibar atas perjalanan hidupku. Apa yang ingin ku beritahu mereka, Hidayah yang datang di depan mata, Grab it! Don't let it go. Perjalanan hidup ini kita tidak tahu bila akan berakhir. Jika bukan sekarang, bila lagi mahu berubah?

Comments

Nihlah Insyirah said…
salam mimi, thanks for sharing. mimi, alquran tu dibahagi/ditanda macam mana ye? boleh share?
Mimiamilia said…
Salam ana,

Setiap kali usrah ataupun mana-mana program yang kami sertai mesti akan dihighlightkan ayat-ayat Alquran. Jadinya, memang kami akan tanda ayat-ayat tu supaya ingat. Contohnya, ayat 2 al ankabut yang selalu digunakan kalau kita berbicara tentang ujian. So, dalam quran tu biasanya kami tandalah dengan marker tu and tulis "ujian" or apa2 yang boleh mengingatkan kita maksud ayat tu.

Setiap ayat yang dah ditanda biasanya sudah dibincangkan atau sudah difahami InsyaAllah.Bila dah tanda, lain kali lagi mudah nak rrujuk semula :)
nhan_2 said…
This comment has been removed by the author.
nhan_2 said…
Ya Allah..satukanlah hati2 kami..walau kami berbeza benua..berbeza negara..berbeza ahli liqa'..tapi iA, perasaan tu tetap sama..sangat rindukan liqa' bersam2 antunna semua..widad mu'nisah..

ruginya xdapat dengar sharing dari adik2 saya..ruginya xdapat tegok sendiri titik2 mutiara yang tumpah atas rasa keinsafan n kesyukuran..SubhnaAllah Alhamdulillah AllahuAkbar..nanti bile2 share la ngan sy eh..huhu..rindu!
Mimiamilia said…
salam huda,
Aisya pun tak sempat nak dengar sharing tu. Akak, widad munisah n adik2 mesir jer ada. Dapat bayangkan rasa kerinduan awak tu. Akan pun kadang2 terbayang bila diorang dah balik malaysia nanti.mesti rindu gila..

I will email u cerita2 lagi pasal sharing ni ok.
HijabRockers said…
Salam.
I totally dig this entry. :) Sejarah masing2la ya? :) Thanks for posting this :)
Mimiamilia said…
Salam Nurul,

Yes, we've shared sejarah masing2.cerita pasal turning point.Biasanya hati kita mudah tersentuh bila dengar sharing...
elya khadijah said…
salam ziarah pagi kak ..

Hidayah adalah milik Allah SEsiapapun layak untuk mendapatkannya..

maka terpulang pada kita mahu mencarinya atau tidak..
nhan_2 said…
tula kn kak..hah,tu yg sy nak dgr tu..tlg share ek kak..hehe..jzkk..
Anonymous said…
Salam...

Buat kali ke 3@4 kebetulan masuk sini,dapat baca entry baru yg sgt informative..cerita pasal usrah ni,sy sgt kagum org yg join usrahni..sy tringin sgt nk join utk share @dptkn ilmu baru@lame,untuk ingat mengingati @ pun di nasihati.tp entahla,sy inginkan perubahan tp slalu x berjaya untuk join mane2 usrah kat my u ni, sedangkan byk sgt..sem lps sy ade ikut kwn join usrah dia tp sayang, sempat pergi 2-3 kali je, then naqibah sy tu last sem adlh last sem dia n this is my last semester.so tak byk sgt yg sy dpt...skrg, yg sy dpt buat hanyalh pergi dgr kuliah2@ motivation talk yg berkesempatan je.tak pun baca buku2 agama mana yang patut..tp kadang2 kalu esok tu ade exam@quiz, mesti rasa berat sgt nk pi,sbb byk lg x study..tp sy tau, bila nk cari ilmu ni x blh dgn membaca jer, need the guidance@guru untuk mengajar.sampai skrg, perubahan yg sy inginkan masih byk yg tak dpt dibuat..tak tau mcm mana bila dh hbs study nnt, akan berterusan lg @berkesempatan lg ke utk mendengar ceramah2 ni..tentang Al-Quran yg sis buat mcm index tu, sy br mula buat sem ni.itupun sbb sem ni, sy ada ambil subject elective zakat accounting. sir ni pada 1st kelas terus pesan, bila next class untuk bawa terjemahan.dia kate, kalau you all selalu google@cr buku kt library untuk cari reference, why not kita start refer to our Al-Quran as our main resource..mula2 mmg rasa terbeban jgk sbb byk lg nk bwk buku lain, tp bila dh start belajar sy sgt suka, sbb tiap kali waktu kelas mesti ade je bebarape ayat yg kami kena baca,n translation both in BM n BI.byk perkara yang tak tahu actually ada je dlm al-Quranni...ayat2 yg dirujuk bkn ttg zakat je, tp dia selalu bg peringatan kt kami dan ayat2 yg berkaitan perubahan..dari situ sy mula buat penanda2 mcm sis wat ni..tp cr sy silap skit ot sbb sy kena belek penanda tu br blh baca blk ape yg ade kat part tu..nmpaknyer sy kena tukar cara tulis info kat penanda tu...actually, sy pernah tgk adik b4 ni ada buat mcm sis, dia punya al-quran terjemahan(biru)sama mcm sis, cuma bertanda tu takla sebyk yg sis punya, tp waktu tu x terdorong pun nk buat macam dia...hopefully, initiatives sy ni berterusan..saya minta izin untuk copy entry ttg valentine tu blh??nak share dgn kwn2 kat FB..sy nak tanya ttg valentine ni, sy faham kita x blh sambut, n sy selalu jgk dpt n baca ttg ni.n sy sgt benci org yg sambut nye indirectly..tp mcm mana kita nak explain dekat org lain yg tahu ttg nya n kate,'kami x sambut valentine, sbb kami mmg dah biasa bertukar2 hadiah ni, so rasanya tak salah kalu kebetulan bg hadiah ni wkt valentine'..tp bg sy bila diorang pilih tarikh ni utk bg hadiah, sebenarnya dia orang masih value valentine tu, bukan ke??tp entah la, hope sis blh tolong ttgni, i really need to explain to my friends about this...terima kasih sis, InsyaAllah akan selalu masuk sini lain kali..May ALlah Bless you.-nur- sory panjang sgt comment..
Mimiamilia said…
salam nur,
masyaAllah..akak dah jawab panjang lebar pagi tadi..tapi rupanya tak tersend..can you please email me at ixmim@yahoo.com
Mimiamilia said…
Nur,adik usrah akak bagi link ini untuk baca..mungkin dapat menjawab persoalan Nur.

http://ms.langitilahi.com/cerpen-valentine/