Harakat Alam


     Nampak tak ada dot merah pada gambar bulan tu. Jumaat lepas, 29 hb Jan dalam pukul 9 mlm waktu UK adalah waktu di mana Plaanet Marikh berada dekat dengan Bumi iaitu pada jarak 99 million kilometer. Pada waktu tu kami dalam perjalanan ke Birmingham. Adik2 Naqibah sibuk berbincang hal dakwah di seat hadapan, manakala aku pula sibuk mencari manakah satu planet Marikh dilangit yang diterangi cahaya bulan purnama.Kalau kamera canggih sikit, InsyaAllah boleh nampak surface Marikh tu. Alhamdulillah, berbekal kamera nokiaku yang tak seberapa, berjaya juga ambil gambar Marikh.Subhanallah!

      Indahnya ciptaan Allah. Di waktu bulan penuh ini, Allah sudah tentukan harakat (pergerakan) Marikh ini menghampiri bumi. Allah permudahkan lagi dengan meletakkannya kedudukan bulan sebagai tanda supaya lebih mudah kita melihat Marikh ciptaan Allah ini yang hanya boleh dilihat pada tahun-tahun tertentu. (Next Closest approach will be July 31, 2018). Begitulah alam ini. Sudah ditentukan harakatnya. Untuk manusia memikirkannya dan mencari kekuasaan Allah.

    Aku terfikir-fikir, kenapa Allah jadikan Marikh dan planet-planet lain. Mungkin untuk kita sebagai manusia belajar. Bukan mungkin lagi.Tapi sememangnya! Kita dapat melihat betapa Maha Bijaksananya Allah itu, meletakkan bumi di jarak yang sepatutnya dari Matahari supaya tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk yang membolehkan manusia hidup di atasnya. Supaya tumbuh-tumbuhan juga dapat hidup, supaya adanya air dan tidak kering kontang bumi ini dek terlalu panas dan tidak bekunya air kerana terlalu sejuk.Supaya tumbuh-tumbuhan yang hidup dapat dimakan oleh haiwan dan manusia.Dan kita dapat makan daging haiwan dan menggunakan haiwan itu sebagai kenderaan juga. Subhanallah!

Allah berfirman dalam surah Abasa ayat 24,

"Maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya"

       Rantaian makanan kita ini sebenarnya mengembalikan kita kepada kejadian manusia itu sendiri. Yang mana segala apa untuk tubuh badan kita ini bersumberkan tanah dan dari tanah itulah manusia dijadikan. Sifat tanah di bumi ini yang walau setinggi mana kau campak, akan jatuh ke bumi juga. Menunjukkan betapa manusia itu sepatutnya bersifat rendah diri dan bukannya seperti sifat api yang bagaimana pun kau lakukan padanya pasti api mahu menjulang ke atas. Sifat api ini adalah sifat syaitan, yang angkuh dan sombong. Mereka bersifat angkuh dan sombong ini tidak layak untuk duduk di dalam syurga.
"Dialah yang menciptakan segala apa yang ada di bumi untukmu......."
 (Al-Baqarah,ayat 29)
Sudah terang lagi bersuluh. Bumi ini dan isinya sememangnya diciptakan untuk manusia. Alam ini diciptakan untuk manusia. Supaya manusia itu dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini. Ambil lah alam ini dan tadabbur lah. InsyaAllah...kau akan menemui Rabb mu....

Mimi
@ Gibson street

p/s: Housemate, esok I balik rumah...Malam ni terperanjat bila keluar bangunan ofis, terangnya subhanallah!! padahal dah pukul 11 malam (ini winter ok..bukan summer.Pukul 11 dah gelap gelita biasanya). Tapi, tak nampak pun bulan. Sungguh-sungguh terpesona dengan malam ini.Gambar diambil tanpa flash.Lihatlah langit yang cerah tu..

Comments

nisa90 said…
salam..

subhanaAllah..indahnya ciptaan Allah..

ruginya sy tak dapat menyaksikannya..

if kat m'sia dpt tgk waktu yang sama juga ke kak??

sungguh jahil sy nie..inipun ble tak tahu..mmm..
Mimiamilia said…
salam,
Memang ramai tak tahu.so dont worry. :) akak tahu pun sebab baca2 news.
Tak sure la pula di Malaysia boleh tgk ke tak.Rasanya tak nampak. :)
umi nuha said…
hebatnyer dpt tgk marikh dgn mata kasar...kami kat sini pun asyik tertukar2 jer antara satelit dan bintang..yg mana satu di langit malam...