to My Sara


"Kak Mimi, bangun, jom solat Subuh"

Itulah 'alarmku' sepanjang sebulan yang lalu. Aku pasti merinduinya.

Manusia datang dan pergi. Dan yang datang itu kadang-kadang akan meninggalkan bekas di dalam hati. Adikku yang seorang ini paling banyak meninggalkan bekasnya. Melihat perubahan dirinya, memberikan kekuatan pada diri sendiri untuk berubah. 

Masih teringat-ingat di awal berusrah bersamanya. Muka blur dan matanya yang redup itu selalu membuatkan kami tersalah sangka bahawa dia mengantuk dalam usrah. Hakikat, dia sedang sedaya upaya mencerna apa yang kami bincangkan. Dia lebih banyak berdiam dan berfikir. Alhamdulillah, Allah melorongkannya ke jalan hidayah. SubahanaAllah wal hamdulillah!

Dia bukan sekadar mendapat iajzah farmasinya, malah ijazah dalam membina dirinya untuk lebih dekat dengan Allah. Sesuatu yang aku rasakan miracle yang hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana cantiknya susunan perjalanan hidupnya hingga membawanya ke hari ini.

Sara,

Terima kasih di atas segalanya. Banyak yang aku pelajari dari dirimu. Semoga terus tsabat di jalan ini. Dugaan di luar sana sangat menggerunkan. Kau peganglah tali Allah ini kuat-kuat, kemas-kemas. Ingat bahawa Allah ada sentiasa bersamamu. Jika kau bersedih, mungkin aku tak dapat meminjamkan bahuku, tapi Allah sentiasa mendengar keluhanmu. InsyaAllah ini bukanlah perpisahan selamanya. Aku doakan kau akan kembali bersama kami di sini. InsyaAllah...

p/s: sara, akak rasa 'kelambatan' awak telah membuatkan awak lebih faham... so itu bukan kekurangan tapi kelebihan. Always look at the positive side. Husnuzon dengan Allah... miss u!

Comments