Refresh

Bismillah,

Kadang-kadang kata-kata yang ditulis mudah untuk disalah faham. Kerana pembaca akan faham mengikut apa yang difahaminya. Terasa sangat berdosa bila semalam smsku disalah faham.Aduh! sudah...jadi ajaran sesat pulak. Terpaksa la bersemuka untuk menjelaskan sejelas-jelasnya. Mungkin khilaf diri, menyusun kata yang tidak sesuai untuk penerima. Atau mungkin banyak sangat dah titik hitam dalam hati.Astagfirullah...

Aku dapat merasakan iman itu jatuh dua tiga hari ini dan perkara-perkara lama yang ditinggalkan seakan-akan memanggil-manggil untuk aku lakukan. Sungguh! itu tarikan syaitan. Yang menunggu-nunggu masa untuk serang hati kita bila mana hati ini kosong dan iman sedang jatuh. Rajin sungguh syaitan! boleh dapat anugerah pekerja terbaik setiap hari. Tapi tergamakkah diri nak biar syaitan amik trophy tu? Semoga Allah ampunkan dosa-dosa yang kau dan aku lakukan.Semoga Allah membimbing dan membantu kita untuk berjihad menentang syaitan dan nafsu.

Ketika futurnya iman, Allah memberi aku jalan untuk meningkatkan semula. Alhamdulillah, perjumpaan dengan vice president MAB (Muslim Association of Britain) Scotland malam tadi memberi siraman air yang segar pada hati yang kering ini. Itulah usrah ku malam tadi. Pertemuan selama 2 jam di rumah Brother A.N bersama isterinya dan juga usrah mate ku. Banyak yang dikongsikan bersama. Dari kisah Palestin sehinggalah ke resepi makanan tradisi dr egypt yang dihidangkan kepada kami yang diberi nama al fath (dia kata maksudnya campur2-nasi campur ayam+roti+salad).

Ada banyak cerita yang benar2 terjadi yang diceritakan kepada kami. Aku tertarik dengan sebuah cerita ini :

Ada seorang brother dari Libya yang study di UK, sering mengundang rakannya Thomas untuk sama-sama makan malam. Hampir setiap minggu brother tu ajak thomas datang. Suatu hari Thomas perasan yang brother ni tak potong rambut dan rambutnya dah sangat panjang. Dia pun tanya kenapa kau tak potong rambut tu? Tapi, brother Libya dengan tegasnya berkata, jangan tanya lagi mengenai rambut ni. Suatu hari nanti aku akan beritahu kau juga.Selepas peristiwa tu, brother tu tetap ajak thomas untuk dinner sama-sama setiap minggu.

Apabila tempoh pengajian tamat, Brother tu pun nak balik semula ke Libya. Di airport, thomas tanya kepadanya. Kenapa kau tak potong rambut kau? Kali ni kau kena beritahu aku. Brother tu jawab, 6 bulan yang lalu, biasiswaku dipotong. Jawabnya ringkas.

Thomas terasa sangat terkesan. Brother tu sanggup jer jemput dia untuk dinner dan tak pernah miss sedangkan duit yang dibuat untuk prepare makanan tu boleh disimpan untuk dia potong rambut. Thomas terasa sangat keikhlasan dan kebaikan brother tersebut. setelah brother tersebut pulang ke libya, beberapa tahun selepas itu, Thomas memeluk Islam.

Best kan? Kita tak kan pernah tahu ayat mana atau perlakuan kita yang mana yang telah menyentuh hati orang lain sehingga Allah dorongkan kepada jalan hidayah.

"Demi Allah, sungguh Allah memberi hidayah kepada seorang laki-laki melalui tanganmu adalah lebih baik bagimu daripada unta merah.” (HR Bukhari dan Muslim)
ataupun dalam hadis lain mengatakan lebih baik dari dunia dan seisinya.(Unta merah tu umpama kereta yang paling bagus dan power di zaman ini)

Itulah sepatutnya ada dalam diri seorang Muslim. Percakapan, perlakuan , pemikiran dan semua nya jika benar-benar seperti yang Allah telah tetapkan, akan cantik tersusun segalanya sehingga hati mudah pun disentuh.

Bila dinilai balik diri ini, banyak sangat kena dibaiki.Semoga Allah mudahkan, semoga Allah berikan hidayahnya pada diri ini. Dua tiga hari ni rasa banyak buat dosa la pulak..Astagfirullah..astagfirullah...

kalaunak dgr kisah lain boleh baca kat sini.

p/s: jom tingkatkan amalan di 10 hari pertama zulhijjah ini :)

Comments

MRCD said…
teruskan istiqamah...tak salah mengingat kisah lalu tapi biarlah yang baik dari masa lalu dijadikan panduan dan yang buruk dari masa lalu dijadikan sempadan untuk memperbaiki diri. Pengalaman lalu sebenarnya yang banyak mengajar manusia.
Mimiamilia said…
tq mr cd :)