Tentang hati II

Hari ini rasa dilimpahi dengan kasih sayang. Kasih sayang Allah dan kasih sayang adik-adik di sini. Hajat hendak berbuka puasa berdua jadi berjemaah beramai-ramai pula. Tak tahu la, bila jumpa mereka ni rasa lapang di dada. Rasa penuh dengan kemesraan dan kasih sayang. Mungkin, itulah rasanya bila ukhuwah dibina atas landasan yang satu, Fikrah yang sama.

Alhamdulillah, pengisian hari ini banyak reflect kepada diri sendiri. Diri yang memilih jalan mana hendak dituju. Kerana kedua-dua jalan itu dibuka. Jalan kejahatan ke atau jalan kebaikan.Keputusan hendak pilih jalan mana, hati yang tentukan. Tapi bila hati mati, nampak kah jalan yang hendak dituju.

Hari ni berkongsi dengan mereka tentang hati hasil pembacaan buku 'Purification of heart' terjemahan dan ulasan Ham*za Yusuf (my fav scholar) dberdasarkan puisi Imam Maulud mengenai penyakit hati dan penyuciannya.

Hati begitu sinonim dan signifikan pada kita. Buta hati, jatuh hati, mata hati, buah hati, patah hati, busuk hati...semuanya adalah hati. Di dalam quran menyebut, hari pembalasan digambarkan sebagai "pada hari ketika anak-anak dan harta tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih"(26:88,89). Hati yang bersih ini adalah hati yang suci daripada penyakit-penyakit hati.

Penyakit hati ini boleh dikategorikan kepada dua bentuk; iaitu shubuhat atau ragu-ragu. Sebagai contoh, jika seorang manusia itu takut Allah tak kurniakan mereka sesuatu, ini dikira sebagai penyakit hati kerana hati yang suci tidak akan timbul keraguan terhadap ketentuan Allah dan sentiasa redha dengan apa yang ditetapkan.Bentuk kedua pula adalah shahawat yang berkaitan keinginan yang melebihi keperluan semula jadi seorang manusia.

Dalam Islam, diajar cara-cara untuk mengatasi masalah hati ini seterusnya menyucikannya. Kenapa hati kita perlu suci? Semua ini supaya kita mencapai matlamat kita dijadikan, iaitu sebagai hamba dan khalifah dimuka bumi ini. Apabila hati bersih, kita akan lebih dekat pada Allah, akan lebih mengingatinya dan InsyaAllah hati akan menjadi tenang.

Hurmm...dah ngantuk,,esok sambung lagi...

p/s: housemate sampai esok...yay!

Comments

takpe asal senang hati :)
Anonymous said…
Insyaallah pasti memperolehi Hati yang Damai.