Di tangan Allah segalanya..

Sejak kembali ke Glasgow, mata akan minta bangun tak mahu tidur lagi bila menjelang pukul 4.30 pagi. Bila mata celik, rasa macam ada batu menghempap penuh bebanan. Terus kepala teringat macam-macam hal duniawi. Setiap pagi bangun dengan rasa tidak seronok kerana perlu ke office buat kerja.Bangun pagi dengan rasa tak seronok bila melihat telefon tiada message. Bangun pagi rasa tak seronok sebab sejuk mengigit tulang. Hanya satu sahaja ubat pada ketidakseronokan ini. Sabar, dan saya letakkn semua di tangan Allah.

"Kak mimi, dengan siapa patut kita kahwin. Orang yang sayangkan kita ke atau orang yang kita sayang?" soalan cepu emas yang saya terima dari seorang adik hujung minggu lalu.

Siapa yer? Saya beritahunya saya pun tiada jawapan yang tepat. Jika diikutkan, tentulah orang yang sayang pada kita. Tapi apapun saya katakan padanya, soal jodoh ini kita sendiri tak tahu. Jodoh ini rahsia tuhan. Semuanya di tangannya. Hari ini kita bercinta bagai nak rak dengan seseorang tapi mungkin kelak kita berkahwin dengan orang lain. Jadi, serahkanlah segala pada tuhan. Saya pesan lagi, berdoa lah agar kita diberikan jodoh yang baik. Itu sahaja yang mampu kita lakukan.

Kebetulan pada hari yang sama, syida dan suami mat salehnya datang ke rumah itu juga. Alhamdulillah, dapat juga bertemu bekas adik seusrah ni. Nampak kegembiraan di wajahnya. Kemesraan mereka berdua pun membuatkan hati sangat cemburu. Bertuah syida dapat pasangan yang betul-betul sayang pada dia dan bertuah suaminya kerana dapat syida yang penuh sabar membimbingnya ke Jalan Allah. Mendengar suaminya membaca Fatihah, dengan pelat2 omputihnya tu rasa sejuk di hati.Inilah kerja Allah, jodoh syida ditentukan dengan orang yang berlainan benua. Dia pun sendiri tak pernah terfikir akan berkahwin dengan orang bukan sebangsa.

Sebelum pulang, syida berpesan kepada kami semua;
"Kalau nak cari pasangan hidup, carilah yang memahami..." katanya sambil tersenyum.

InsyaAllah..

Bukankah Allah menjadikan pasangan kita yang dapat memberi ketenteraman hati dan ketenangan jiwa pada kita? kan? Oh, adik naqibah pun membincangkan soal yang sama.Boleh baca di sini.

Wallahualam...


Comments

Kay said…
suka la pengisian mimi hari ni!
Mimiamilia said…
Kay,
ehehehe yang baik dijadikan teladan yang tak elok pi buang jauh2.. :D
azya said…
sis, i really like ur entry ni. especially bila baca yang jodoh itu rahsia Tuhan. mmg betul pun, walau jauh mana pun kita merancang, walau dalam mana pun kita mengagak, keputusannya tetap bukan di tangan kita.

saya doakan akak dapat jodoh yang baik, sesuai dengan akak :)
adik said…
salam kak..

sukalah layout blog akak.. cam cun je.. saya pun doakan akak dapat jodoh yang terbaik. mmg aim saya kalau saya dapat kahwin nak je carikan jodoh utk semua anak2 binaan saya.. tapi sama2 kita sabar dan doakan kak? Allah knows best..

akak nak kahwin dengan mat salleh gak ke?heheheheh