Meh belajar agama!

Aku tersentak. Ayatnya sungguh terkena pada diri sendiri. Zap..zap! terasa seperti dilempang dan menyedarkanku.Oh! Ku teruskan bacaan walau pada mulanya mata sudah layu minta beradu, tapi ayat-ayat di dalam buku itu berjaya membangkitkan aku dari kantukku.Aku dikejutkan dari tidur ku yang lama. Ini yang ku rasa selepas ku baca dan ku hayati setiap patah perkataan yang diucapkan oleh Al Maududi di dalam buku Dasar-Dasar Islam.

Agama Islam adalah kurniaan dan nikmat Allah yang terbesar kepada umat manusia.
"...Pada hari ini telah ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku redhai Islam itu agama bagimu..." (Al Maidah, ayat 3)
Ya, Islam itu nikmat terbesar dari Allah. Bukan harta benda kamu, bukan anak-anak kamu. Jadi apakah kewajipan kita selepas menerima nikmat tersebut? Jika kita menerima hadiah, lebih-lebih lagi hadiah yang mahal apa yang kita patut lakukan? Ya! Kita kena BERTERIMA KASIH! Jika kita berterima kasih dengan ibu bapa kita, kita tidak akan menderhakai nya. Jika berterima kasih dengan kawan-kawan yang memberi kita hadiah sudah semestinya kita akan terus berkawan dan berbuat baik kepada kawan kita. Tetapi bagaimana untuk berterima kasih ke atas nikmat Allah yang tak terhingga ini?

Hanya satu sahaja cara berterima kasih atau bersyukur di atas nikmat Islam yang kita terima ini iaitu melakukan kewajipan yang diperintahkannya. Manusia yang yang tidak melaksanakan kewajipan kepada Tuhan adalah manusia yang tidak tahu berterima kasih.

Kewajipan? Apa kewajipan itu? Bagaimana nak melaksanakannya? Jawapannya adalah menjadi Muslim sebenar.Tetapi bagaimanakah untuk menjadi Muslim sebenar?Oh..banyak soalan. tapi semua soalan ini penting! Please..jangan pergi mana-mana. Teruskan bacaan tentang apa yang aku ingin sampaikan ini.

Ok, back to menjadi Muslim sebenar,bagaimana ya? Mula-mula kita kena lihat dan fikir ( Islam ini selalu mengajak manusia berfikir..kau jangan malas berfikir!) Aku tulis di sini soalan-soalan yang penulis ajukan. Apakah seseorang sudah membawa Islam pada waktu ia dilahirkan? Apakah seseorang itu disebut Muslim bila keluarga juga seorang Muslim?Apakah Muslim itu nama satu bangsa seperti bangsa Melayu?Bangsa Cina? Sudah tentu jawapan kamu TIDAK!

Seseorang itu tidak disebut Muslim kerana ia tergolong dalam kelompok bangsa tertentu, tetapi dikatakan Muslim apabila ia menerima Islam sebagai agamanya.


Dan apakah ertinya menerima Islam yang menjadikannya Muslim? Dengar sini kawan-kawan, ertinya menerima Islam adalah bahawa seseorang harus dengan penuh kesedaran dan kesengajaan menerima ajaran Rasulullah SAW dan bertindak sesuai dengan ajaran itu. Ok, masa untuk muhasabah diri. Adakah kita menerima ajaran Rasulullah SAW? Ya..kita terima..tapi cukup dah ke pengetahuan kita mengenai ajaran ni? tapi adakah kita bertindak sesuai dengan ajarannya? Opss..this part should we look into deeper..

Kesimpulan jawapan di atas adalah Islam adalah sebutan terhadap pengetahuan dan tindakan mempraktikkan pengetahuan tersebut.

Ok, recap! Kita nak jadi manusia berterima kasih kepada Allah dengan melaksanakan tanggunjawab sebagai seorang Muslim sebenar. Muslim sebenar adalah mereka yang mengikut ajaran Rasulullah SAW dan mempraktikkannya dan ajaran itu hanya boleh diketahui dengan pengetahuan. Muslim yang sebenar hanyalah seseorang yang tahu apa makna Islam yang sebenar dan menyatakan keimanannya kepada Islam dengan penuh kesedaran. Adakah kita dah tergolong dalam golongan ini? Penulis juga ada menyebut bahaya terbesar bagi seseorang Muslim adalah ketidaktahuannya sendiri kepada ajaran Islam yang bersumberkan Al Quran and As Sunnah. Pengetahuan ini yang sebenarnya membezakan antara seorang kafir dan seorang Muslim.

Wah! baru nampak pentingnya pengetahuan ini! Cuba lihat, kita berkerja bersungguh-sungguh untuk dapatkan duit nak bagi anak isteri makan.Kalau kelauarga tak makan nanti mereka mati (sound extreme i know..but just take it..). Tapi adakah kita bersungguh-sungguh mencari pengetahuan agama supaya iman kita tak mati? Bukankah iman lagi berharga dari hidup? Tapi bukanlah kita disuruh hingga menjadi ulama, baca kitab-kitab tebal. Tapi kita kena peruntukkan masa untuk mempelajari agama itu.Supaya kita mengerti sebenar-benarnya risalah yang dibawa oleh Rasulullah dan juga mengenal dengan baik cara hidup khusus yang telah ditetapkan Allah bagi orang-orang Muslim.

Jika iman lebih berharga dari segalanya, masa untuk bershoping tu, masa untuk tengok tv tu, masa untuk tengok wayang tu, masa untuk baca novel tu bolehlah kau gantikan dengan masa mencari pengetahuan agama. Betul tak? Eh! tapi ingat, setakat pengetahuan sahaja tak guna juga kalau tak dipraktikkan. Iman tanpa amalan adalah sesuatu yang sia-sia...

Comments