Di dua pertiga malam...

"Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda "Allah Taala turun ke langit dunia pada setiap malam ketika malam berbaki satu pertiga lalu berfirman ;Siapa yang berdoa kepadaku nescaya akan aku perkenankan baginya, sesiapa yang meminta kepadaku akan ku berikan kepadanya, sesiapa yang memohon keampuanan dariku nescaya akan ku ampunkan baginya"   (Hadith sahih Riwayat Bukhari, Muslim, Abi Dawud, Ibn Majah dan Tarmizi)
Di waktu malam berbaki satu pertiga, di kala itulah semakin sedap tidur. Dengan kedinginan di bumi Glasgow, perlu semangat juang yang tinggi untuk bangun.

"Zaa, pagi ni aku mesti bangun. Kena minta pertolongan Allah nak selesaikan problem coding aku" Zaa gelakkan aku.

"Kau kena specifickan doa kau.mention apa yang kau nak" Zaa kata.

Hakikatnya, coding itu aku jadikan alasan tambahan. Supaya aku dapat train diri untuk bangun. Tidur di rumah zaa tidak seempuk tidur di katil aku. Semakin bertambah pemangkin untuk bangun tahajjud. Bilik Zaa tidak sesejuk bilik aku. Jadi akan berkurang la semangat untuk meneruskan tidur.

Terukkan insan yang lemah ini nak bangun bertahajjud.terpaksa guna pelbagai alasan..aduhai....Beruntung housemate ku yang mata memang dah set pkl 5 pagi untuk bangun. Bolehla bertahajjud sebelum pergi kerja.

Banyak lagi perlu diperbaiki diri ini... Chaiyokk!

p/s: Ada seminggu lagi sebelum submission, tapi 'program' ku masih tak leh execute..equations yang panjang masih tak boleh dipendekkan. Graf tak keluar pun setelah run sehari semalam.Asyik keluar error. Asyik dapat result integration infinite.Ya Allah, aku mohon kau permudahkan urusan PhD ku ini. Amin!


Comments

yatie chomeyl said…
insya Allah di permudahkan coding tu....gambatte ne akak
iu rf said…
insya Allah..
moga dipermudahkan segala urusan..
selamat berjuang!
Mimiamilia said…
thanx ayu n yatie.. :D
MRCD said…
saya ada petua untuk memudahkan bangun..sebelum tidur, pasang niat dalam hati nak bangun jam brapa..InsyaAllah akan bangun pada waktu yang telah diniatkan..cuma bila dah tersedar tu cepat2 la bangun... kalau tak bangun silap haribulan subuh gajah pun belum tentu dapat...
Anonymous said…
kagum dengan kak mimi.
malu T__T.

kak lagi sekali nak ucap terima kasih yang tak terhingga diatas bungkusan comel.terima kasih banyak

sayang kak mimi.
Mimiamilia said…
salam mrcd,
thanx for the tip. Memang selalu buat macam tu.Cumanya lemah iman bila dah terjaga dari tidur tu. Kesejukan yang menyebabkan lagi la menarik selimut untuk terus tidur.

Salam ummi,
Kagum?huuu takde apa yang dikagumkan.
semoga bungkusan comel itu dapat jadi bekalan ok! :)

sayang fillah tooo...
umi nuha said…
aminnn..mi, kena usaha, jgn putus asa..kuatkan semangat...mi kena blk gak by akhir thn ni..uhu
selamat meng'coding'. saya xsuka coding walau pun itu subjek wajib saya. ;D