Mujahadah

Bismillah..

Aku sedang bermujahadah. Melawan nafsu sendiri. Melawan bisikan syaitan. Makin jauh aku mendalami arena ini, makin banyak dugaan. Semuanya bermula dengan rasa diri 'lebih tua' dan tidak suka diatur dan diarah. Aku rasa ramai sahaja kawan-kawan yang 'seangkatan' sebaya atau lebih tua dari aku mengalami perasaan ini. Mungkin sebab diri sudah biasa mengatur sendiri perjalanan hidup. Hatta, keluarga sendiri pun memberi kebebasan untuk aku memilih jalan yang aku hendak pergi. Hendak bercuti ke mana-mana pun aku jarang minta 'permission' dari keluarga.

Sudah beberapa kali dalam hati ini rasa tak sedap bila diminta buat itu dan ini. Setiap kali itu, aku akan merasakan.."mereka ni tak faham ke, setiap orang lain-lain. Tak boleh treat setiap orang tu dengan cara yang sama" Setiap kali terlintas perasaan 'membara' tu, akan timbul perasaan sangat bersalah. Bersalah sebab marah-marah dalam hati. Masih tak boleh berlapang dada kah aku? Lemahnya iman!

Aku selalu pujuk hati ini. Ego itu bukan sifat manusia! Kalau kau ada ego, maknanya kau sama geng dengan iblis yang sangat rasa diri dia bagus untuk sujud kepada Adam. Sedangkan dirimu itu sangat kerdil dalam arena ini. Walaupun hidup mu lebih lama dari kebanyakan yang lain, tapi usia tarbiyahmu baru setahun jagung. Kalau nak rasa diri bagus, kena ingat...Allah itu Maha Hebat dari semua.

Aku juga sangat bermujahadah untuk bangun qiyam. Pagi tadi message adik naqibahku hanya kusedar selepas bersusah payah buka mata untuk solat Subuh. Dengan keadaan sejuk, dan kehangatan duvet, satu cabaran besar buat diri sendiri. Masih cuba membiasakan tidur lewat, bangun awal. Sudah terbiasa dengan keadaan tidur awal, bangun...erm tak berapa awal (eheh!). Disebabkan kesusahan untuk bangun awal, aku usahakan untuk solat sebelum tidur. Oh! aku bukan mahu beritahu satu dunia, aku bangun qiyam...cumanya aku hendak memberitahu kalian, aku juga manusia biasa..walau jadi naqibah pun aku masih ada kelemahan yang aku perlu usaha untuk perbaiki (khas untuk adik2 usrah yang baca blog ni). Yang penting jangan berhenti berusaha untuk buat amalan baik. Dan kepada adik Naqibah ku, baik lah call daripada message...huuuu...


Peringatan kepada diri sendiri dan orang lain. Bagaimana nak bermujahadah? Kita kembali manual hidup kita, Al quranul karim. Teliti surah An Nas. Kenali modus operandi syaitan laknatullah ni.



 

Syaitan ini, Allah kata sifatnya datang dan pergi (timbul&tenggelam). Dari Abbas, Rasulullah bersabda:
"Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia, apabila manusia menyebut
Allah ia akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai ia akan membisikkan
kejahatan."

Hati ini, dia boleh buat satu benda jer, kalau dia ingat Allah...syaitan akan pergi jauh-jauh. Kalau dia lupa Allah, syaitan terus duduk dalamnya. Kita kena tahu perkara ni! Allah dah sangat Maha Pengasih kepada kita, nak bagitau bagaimana sifat syaitan. Dan lagi, Allah bagitau syaitan bekerja dengan cara membisikkan kejahatan dalam hati manusia. Kemudiannya, manusia yang terikut dengan bisikan dan pujukan itu, menjadi agen syaitan pula mengajak orang lain turut sama buat kejahatan. Isk kawan-kawan, jangan jadi agen syaitan. Jangan jadi penjual nafsu!


Eh, dah jauh...nak beringat untuk diri sendiri sebenarnya. Susahnya nak bangun pagi tu, sebab syaitan membisik-bisikan supaya duduk dalam selimut lagi best, masa subuh panjang lagi almaklumla winter time ni subuh habis pukul 8 lebih.Jadi, kena bangun! jangan biar syaitan menang!

Apapun, yang penting kita kena minta perlindungan dari Allah dari syaitan. Sebab syaitan ni, pun Allah yang cipta, Allah lebih berkuasa daripada syaitan. Kena selalu2 berdoa, berzikir. Kita adalah tentera Allah. Yang berperang dengan syaitan. Allah bekalkan kita iman sebagai perisai, zikir sebagai kelengkapan perang dan doa sebagai senjata.

Dan yang penting juga jihad melawan hawa nafsu.Syaitan itu meniti di atas nafsu untuk mempengaruhi kita.Nafsu itu adalah jambatan syaitan untuk menarik-narik kita ke arah keburukan.
" Sesungguhnya hawa nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan " (Yusuf :53)
Astagfirullah..Ya Allah, peliharalah aku dari segala keburukan... Selamat bermujahadah wahai diri...

Comments

khairyn said…
nak ai kejutkan ke? Ai kuar rumah 5.40am still boleh Qiyam lagi kan? Winter malam yang panjang ahaks!
Mimiamilia said…
owh..semalam i nak pesan..tapi i tidur lambat...so i solat dulu.boleh2 silalah kejutkan..
MRCD said…
Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)
UnGu VioLet said…
salam kenal.. 1st time dtg ke sini.. tertarik dgn blog nie..
cik mimi comel..

how's glasgow? dengar2 kat sana sejuk nak mapuh.. betul ker? o.O

i hope you and ny are doing ok over there, though...
Mimiamilia said…
Salam..

1. tq mrcd
2. ungu violet, amik yang baik..yg buruk tinggalkan yer
3. Justin, we are doing great..hehehe..dah tak sejuk dah :)