Bismillah,
Hati.
Bukan mudah menjaga hati. Hati yang mudah untuk berbolak balik. Hati yang tidak boleh diisi dengan dua cinta. Masakan cinta dunia boleh bergabung dengan dengan cinta pada Allah. Masakan cinta pada manusia boleh bersama dengan cinta pada Ilahi. Dek kerana cinta pada Ilahi yang memenuhi segenap ruang hati, maka kita mencintai manusia itu. Kerana itu, cinta kita di di dorong dengan segala perlakuan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah. Dan segala perlakuan untuk mengharap redhanya itu sudah pasti sesuatu yang paling baik untuk manusia yang dicintai itu. Makanya, Cinta pada Allah patut menguasai hati mu. Yang menjadi penolak untuk kau bersikap adil kepada dunia ini.
Hati.
Takkan tenang selain mengingatkan Ilahi. Jika hati teringat-ingat si dia jauh di sana, hati mu akan berasa gusar, sedih malahan boleh jadi stress! Jika hati teringat-ingat kerjamu yang bertimbun, phdmu yang tidak siap lagi, di manakah ketenangannya? Jika hati masih dipenuhi angan-angan kosong, kau adalah orang yang rugi!
Hati.
Mati. Jangan kau biarkannya begitu. Jalannya ada untuk kembali menerangi kegelapan di hatimu. Tetapi jalannya itu bukan mudah. Menuntut kau bermujahadah. Menuntut kau melepaskan keseronokan yang menipu itu. Menuntut keazaman yang tinggi dan menuntut untuk kau menanggalkan segala jahiliyah mu.
Wahai Hati..jangan kau mati...
Ya Muqalliban Qulub tsabat Qalbi a'la dinik...
"Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu akan kecintaanMu dan kecintaan orang yg mencintaiMu dan kecintaan amalan yg membawaku sampai kpd kecintaanMu. Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah cinta kepadaMu sesuatu yg sangat aku cintai lebih daripada diriku, hartaku, keluargaku dan air yg dingin" [Sunan at-Tirmizi]
Comments