Tour Scotland - Day 1

Tajuk: Rombongan mengelilingi Scotland
Masa : 12 Hari
Ahli Rombongan:

1. Cik Mimi - Boss/Financial controller(kadang-kadang suka buat rampasan kuasa ngan photographer rasmi)
2. Cik Khairyn - Driver
3. Cik Akuatik - Pemandu pelancong..ehh..navigator (kadang2 jadi chief chef)
4. Cik Sanna - Ajk Makanan dan Photographer rasmi
5. Cik Nik Yus -Pembantu tetap ajk makanan dan kerja2 yang lain

Hari pertama tu, masing-masing bersemangat. Driver dah pesan malam sebelumnya, paling lewat pukul 6 kena bertolak. Malam tu masing-masing masuk tido awal kecuali saya. Kenapa? sebab baru terhegeh-hegeh nak siapkan report pada Supervisor. Bekalan untuk dia sepanjang ketiadaan saya untuk bercuti. Betulkan equation, buat kira-kira sikit, derivation sket, tup tup dah masuk subuh..dan dah pukul 5! Tak tido pun saya malam tu.

Sanna, ketua ajk makanan awal-awal bangun siapkan breakfast (dia sungguh berdedikasi!). Saya masih menyiapkan kerja-kerja terakhir sebelum report ditukar kepad pdf format dan hantar kepada supervisor melalui email.Akhirnya, beberapa minit sebelum pukul enam semua ahli rombongan yang berjumlah 5 orang itu telah siap sedia menuju ke kereta. Owh lupa nak cakap, pihak AVIS telah sukacitanya menaiktaraf kereta kami dari saiz B(e.g clio,ford fiesta) ke saiz E. Oleh itu kami dengan gumbiranya dapat naik kereta VW Golf yang best itu.Yay!

Oleh kerana kami menaiki kereta Golf yang best itu, kami takde masalah menaiki gunung ganang di Highland. Pemanduan sungguh lancar! Driver pun ENJOY!


Hari pertama kami singgah di Glencoe,Oban, Mallaig dan tidur di Fort William. Bila2 nampak tempat cantik, kami akan berhenti dengan sesuka hati mengambil gambar.(takderla sesuka hati..kena tunggu sign 'P' muncul baru leh berhenti.Yang tak best har pertama ni adalah tempat tidur kami di asrama backpackers tu. Bukan apa, toilet kena share dengan kaum adam. Jadinya lecehla nak mandi. Pastu, dorm pula kongsi dengan 3 lagi orang lain. So, takleh nak berbunyi sangat satgi org2 lain dalam bilik terjaga dari tido.(ahahha saya punya alarm bunyi mak aiiii kuat gilerrr.dah la lama sebab payah nak carik dalam beg..nasib aaaa).Nak masak pun tak selesa. Almaklumla..masakan malaysia ni kan harum semerbak baunya. Kami ni kena makan nasik. Takdenya nak makanpasta2 ni. So, siap bawak periuk nasik tu!Sib baik saya dah buat ayam kuzi siap2.so takyah la masak. Cuma, tak dapat breakfast sebab kami kena bertolak awal sedangkan dapur hanya bukak pukul 7.30. Masing-masing sarapan roti tuna semalam yang tak habis lagi. Sib baik tak basi.
Ok,ni ada gambar sket. Susah nak select gambar sebab ada la dua makhluk tuhan paling seksi ni takmo diglamourkan.huhuhu!


Comments

Kay said…
salam utk mimi...
cantiknya pemandangan!!!! bilala ada rezki nak sampai eropah ni...

yg tanak glamour tuh mesti slh sornya cik khairyn kan???
Anonymous said…
woooo hooooooooo

what a pretty picture.. but not as pretty as you...

OHHH MY GOD I'M FREAKING FLIRTING ON THE NET!!!

*hides behind a wet-blanket*
arsaili said…
salam..sungguh seronok
Mimiamilia said…
Kay,
memang cantik..walaupun jalan pusing2 tak terasa pening sebab enjoy dengan pemandangan kat luar yg cantik.ehehe saper agi kalau bukan dia..

OJ,
u ni kan..nak ngurat pun cover2 sket..huhuhu

arsaili,
memang seronok
cikMilah said…
Menahan nafas ni.!!!W@ Cantiknya, bestnya...
gambar pekan kat bawah tu nampak macam sungai petani pulak hehe
Mimiamilia said…
cik milah,
Hembus..hembus..satgi sesak nafas la pulak..

bro,
aah kan..pekan guaq pon ada gak.just clock tower tu yang membezakan