Tour Scotland - Day 2

Hari kedua bermula seawal 6 pagi rasanya (dah lupa). Kena turun katil senyap-senyap, jalan pun senyap-senyap sebab tak mau ganggu penghuni bilik yang lain. Memang tak selesa sungguh. Hari kedua kami ke Isle of Skye. Persinggahan pertama kami adalah Loch Ness dan Urquhat Castle.

Saya dan Cik Khairyn dah pernah sampai kat situ.Jadi, kami membuat keputusan untuk menunggu di luar sahaja. Bayaran masuk dalam 8 pound. Kebetulan ada event pada hari tu. Jadi, diorang kena keluar before pukul 12. Saya bukanlah manusia yang sabar menunggu. Adehh..lama gak kena tunggu. Nak masuk cam rugi jer 8 pound tu.

Kami singgah di Eilean Donal Castle. Kalau perasan, castle ni la yang dalam cerita Made of Honour tu.Memang cantik.Tapi tak masuk dalam.Save budget.Ala, castle ni dalam tu semua sama jer..

Persinggahan seterusnya Armadale Castle & Garden. Kawasan castle tu sangat besar. Siap ada farm lagi. Konon-konon nak jelajah habis semua la. So, kami pergi ikut track yang diberi dalam peta hinggalah kami sampai di kawasan Armadale farm. Jalan masuk ala-ala macam jungle tracking di Malaysia.Sampai di kawasan ladang ni,bila bukak pintu pagar jer..tu dia..sekawan lembu tengah dok makan-makan sambil jeling-jeling ke arah kami. Nak teruskan ke taknak.Saya dah patah balik. Takutla! nanti kena kejar lembu satu hal la pulak.Jadi kami semua patah balik.Just round-round garden yang ada kolam dan lepas tu keluar pergi melantak Ritz aiskrim.Sedap woo aiskrim tu. Lemak berkrim.


Seperti biasa, kami banyak berhenti tepi jalan ambil gambar. Sebenarnya gambar-gambar ni tak dapat memberi gambaran sebenar kecantikan pemandangan yang kami lihat. MasyaAllah..memang sangat cantik.

Kami bermalam dalam Bothie di Portnalong. Bothie tu macam apartment kecil tapi lengkap semua ada.SELESA!Saya rasa takde orang Malaysia pernah sampai sini kot. Memang tempat tu ulu banat gilerrr! Masa saya tempah hari tu tak terbayang yang jalan masuk ke kawasan Portnalong tu hanya muat-muat satu kereta. Dan portnalong ni dah kira hujung gila, satu kilometer dari kawasan penginapan dah jalan mati.Oh! banyak pulak gila nya..ehehe.Apapun, kalau saya nak rate tempat menginap sepanjang perjalanan kami ni, Portnalong is the best! Dah la murah (sorang 11 pound jer).
Ok, enjoy the pics!Seperti biasa..gambar-gambar menarik yang lain tak dapat diletak dalam blog ni sebab mengandungi 2 makhluk tuhan paling seksi.hehehe

Comments

Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
en_me said…
sonoknyerrrr.. kannns
khairyn said…
perkh kena spam gak tu

portnalong - the best. Bukan setakat tempat tidur... jalan ke sana pun best gila.

First thrill sebelum thrills selepasnya ie main road kat isle of skye, jalan yg tinggi 20degree, jambatan sempit dgn gaung kat tepi dan kambin2 yang buat traffic jem hehehehe
Mimiamilia said…
en me,
memang seronok..

osmet,
hampeh nyer spam..
Portnalog best!!
cikMilah said…
Uhuk!!! korang ni kan.. (mimi dan butaseni la..) buat akak tersedak taw...ada ka pulak macam guaq ngan sg petani...
Eh, tapiiiii, hutan pokok yang last tu macam kat kampung akak... he he he.. tang mana tu?

Suka tengok food channel" Women That Eat Scotland", berangan nak naik motor besar keliling Scotland..
berangan je lah!
Mimiamilia said…
ahahha kak milah,
hutan tu on the way to isle of skies..kat tepi tasik. ahahahah kampung akak? huyoo..sgt hutan kampung akak tu..kat mana yer?
Anonymous said…
wahhh.. portnalog tuh best ker?

but.. uhh.. whenever I look and read the name "PORTNALOG" as fast as I could, i'll end up saying "POLONG".. sheeshh... must be my sick twisted mind.. huhuhu...

anyway.. it's lovely.... with all those scenery and jungles... nice2..

that is Allah's creation... lovely2.. just like you..

OHHHH MY GOD!!! I'M FLIRTING *AGAIN* ON THE NET!!! *lari nyorok bawah kerusi*
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Mimiamilia said…
OJ,

Ur mind must be so sick..and twisted..ehehe Polong pun polong aaa
fizz said…
oh..sy kejelesan yang teramat melihata gambar2 nie...tunggulah nnt sy pon nk buat tour ke scotland...hahak tak tau bila..