New Chapter

Bismillah...

Alhamdulillah, minggu ini genap usia 32 tahun. Rasanya sekejap sahaja masa berlalu. Saya masih ingat dahulu kami adik beradik selalu main pondok-pondok depan rumah. Panjat pokok maggis, kutip bunga raya untuk masak-masak, main cikgu-cikgu. Pondok kami namanya "Restoran Anggerik Desa". Zaman itu rasanya baru sahaja berlalu. Zaman enjoy! tidak perlu fikir tanggungjawab yang berat.

Di usia 32 tahun, memang banyak tanggungjawab. Di universiti, di rumah, dalam masyarakat. Tapi saya masih enjoy! Enjoy dengan kehidupan saya. Betullah kata orang, makin lama hidup makin banyak makan garam. Makin banyak pengalaman. Pengalaman benar-benar mengajar saya erti kehidupan. Dari menjadi orang yang 'ntah apa-apa' hingga diubah menjadi seorang 'manusia'. Semua itu pengalaman.

Isnin lalu, satu lagi pengalaman saya lalui. Percaya atau tidak, saya tidak pernah dapat 'surprise birthday party'. Ini pengalaman baru saya. Petang itu, saya mengajar student tahun 4. Kelas pukul 3, sudah tentu kelas yang agak mencabar. Sayalah orang pertama yang melangkah masuk kelas. Agak-agaknya, apa perasaan ketika itu. Marah! Tak lama kemudia masuk pula 4 orang pelajar Cina. Bila bertanyakan mana yang lain, jawapannya mereka tengah makan tengahari. Apa perasaan saya? bertambah marah! 15 minit berlalu, barulah muncul 5 orang pelajar lelaki Melayu. Saya teruskan kuliah tanpa menunggu yang lain. Hati menahan marah.

Pukul 3.30 barulah kelas lengkap. Pelajaran hari itu tidak banyak kerana kelas hanya 1 jam. Di hujung kuliah saya mainkan video yang agak panjang. Apabila video mencecah minit ke 10, ada yang sudah resah gelisah. Keluar masuk kelas. Dalam hati, saya rasa geram. Mahu sahaja diluahkan bebelan yang Generasi Y ini tidak boleh lama fokus. Tapi saya hanya diamkan. Pukul 4, saya berhentikan video dan menamatkan kelas. Sebaik sahaja melangkah menuju ke pintu untuk keluar, tiba-tiba muncul 2 orang pelajar dari kelas itu membawa 2 biji kek. Kelas dengan serentak menyanyikan lagu Hari Jadi.

Terharu? Ya, tapi saya lebih kepada terkejut. Tapi belum sampai tahap nak nangis....ehehehe...
Bukan, saya bukan pensyarah kesayangan pelajar. Tapi saya memang suka 'engage' dengan pelajar. Saya cuba ingat semua nama pelajar saya. Saya tahu betapa seronoknya kita bila pensyarah ingat nama. Saya ingin ajar mereka lebih dari Spacecraft Design. Saya ingin ajar kehidupan. Saya ingin ajar mereka cara berfikir. Saya ingin ajar mereka cara berkomunikasi. pendek kata, saya kalau boleh ingin lihat pelajar saya mempunyai soft skill yang tiptop dan bukan sahaja CGPA yang tinggi .


Tapi agak terkilan juga, saya masih belum berjaya 'tarbiyah' mereka. Ajak mereka betul-betul kenal tuhan. Doakan saya temui caranya.

p/s: Pernah org kata pada saya, saya ni terlalui kecil nak jadi lecturer. Nanti kena buli. eheheh ;)

Comments

sweet tooth said…
Dr mimi, aku pun jenuh carik mana satu ko mana satu student dlm gambo tu... hehehehe... welkam back to blogging world!err... pls buang verification robot ni...payah aku nak komen. hehehehe....
Kay said…
Mimi... suka sangat bila tgk ada entry baru dari Mimi... oh, selamat hari lahir Mimi... kay doakan Mimi berjaya "mendidik" mereka :)
yatie chomeyl said…
sanah helwah kak mimi..bestnya student sambut bday akak. bday yatie bulan 11 ni harap2 student sambut jugak la eheh
pascalera said…
Titanium Drill Bits - Titanium-Arts.com
The Tipe Drill Bits and Tipe Drill Bits are an important titanium astroneer part of titanium earrings hoops the design process of apple watch series 6 titanium the TIP titanium knife drill kit. You can also use them titanium trim hair cutter on your computer computer