Allah memberikan kasih sayangNya yang melimpah ruah.
Kehidupan kini lebih baik dari dahulu.
Dakwah tetap menjadi obsesi. Hinggakan ayah pernah sebut..kat rumah ni ada anak yang kuat dakwah! (ini adalah petanda positif. Ayah akhirnya faham anaknya...tapi ada rule baru. Jangan cakap pasal politik dalam rumah. Walaupun saya bukan penyokong bulan mahupun dacing, kami selalu berbeza pendapat dalam politik.)
Semoga Allah membuka pintu hati dan terus memberikan hidayah kepada saya dan keluarga tanpa henti.
Semoga Allah kurniakan pendamping yang sama-sama dalam jalan dakwah ini. Mereka yang tidak berada di jalan ini tidak akan faham apa yang kita lakukan. Itu yang saya dapat simpulkan berdasarkan pemerhatian dan perbincangan selama saya terlibat dalam dakwah.
Dakwah bukanlah sesuatu yang menggerunkan. Dakwah bukanlah extreme. Dan sama sekali bukan buat bom!
Dakwah adalah manifestasi cinta kita pada Allah, pada manusia. Cinta pada Allah dengan menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba. Cinta pada manusia kerana mahu sama-sama berada dalam syurga Allah. Bukakah di akhirat nanti kita akan bersama org yang kita sayangi? Tidak mahukah kita bersama keluarga? sahabat ?
kunci ikatan kasih sayang kita adalah Allah.
Uhibbukum fillah!
Semoga kita dapat bertemu di syurga nanti :)
Comments