Bercakap mengenai perkahwinan, aku tertarik dengan entri Prof kamil.di sini. Perkahwinan seharusnya dipermudahkan. Tapi orang Melayu suka untuk menyusahkan dan memberatkan. Penuh adat yang kena patuh. Tak ikut adat, katanya malu dengan saudara mara.Wang hantaran juga sangat membebankan. Sebab itu ramai yang bertangguh untuk berkahwin. Kalau setakat SPM pun hantaran dah cecah 8K inikan pula yang PhD. Bila bertangguh kahwin dengan alasan belanja belum cukup, pasangan yang sedang 'couple' tu akan terus bergelumang dalam dosa. Bukankah itu lagi buruk?
Susah nak kikis pandangan orang kita dalam banyak hal mengenai perkahwinan. Sindrom 'apa orang kata nanti' tu susah nak dihilangkan. Mana yang lebih penting ya? Pandangan Allah atau pandangan manusia? Mana yang lebih penting ye? adat atau agama? Tepuk dada tanya iman.
Semoga diri ini nanti, Allah mudahkan. Bukan ketebalan wang ringgit yang dipandang, tapi ketebalan iman.Dan semoga orang yang disekeliling juga akan memahami. Biarlah perkahwinan itu sederhana, tidak perlu hutang sana sini, lebih keberkatannya.
Comments
Tak faham dari mana adat ni timbul, belanja kahwin mesti ditanggung oleh pihak lelaki dan ikut kelulusan perempuan pula tu. Kalau duit emas kahwin tu mmglah hak perempuan yang wajib ditunaikan oleh si suami.
Bukankah telah menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa,
1 - memberikan nama yang baik kepada anaknya
2 - memberikan pendidikan yang sempurna kepada anaknya dan
3 - mengkahwinkan anaknya bila telah sampai masanya.
Kalau dah sebelah pihak perempuan, lelaki pun nak kena tanggung, yang pihak lelaki pula siapa yang nak tanggung belanjanya? Orang kita suka menyusahkan perkara yang mudah, lepas tu nnt salahkan agama. Bukankah kehidupan selepas diijabkabulkan itu lebih penting dari majlis yang gah itu? Kenapa ye orang kita lebih pentingkan redha orang dari mencari redha Allah? Sedih dengan keadaan yang berlaku sekarang... adat lebih diutamakan dari akidah/agama, tidak kiralah dalam keadaan apa pun sekarang ni.
suka isu ni...
selamat hari raya. Itulah realiti yang kita kena telan. Tapi kita juga kena berani buat perubahan seperti yang Prof Kamil katakan tu.Juga sebagai peringatan pada kita supaya kita tidak meneruskan tradisi yang sama pada generasi kita yang seterusnya.
Insya Allah, itulah yang sedang diusahakan sekarang ni. Cemuhan masyarakat sentiasa ada, dah lali dah sebab memang selalu menongkah arus.
yeah, begitulah gayanya.. biar mati anak, jangan mati adat...
... tapi kalau anak mati, sapa nak sambung adat? har har har har
justin,
so ..siapa yg berani nak mengubahnya?