Nak tergelak bercampur sedih bila setiap kali menonton siaran dari Parlimen Malaysia. Macam-macam kan? Bila masuk Parlimen wakil-wakil rakyat yang awak pilih tu (aku tiada pilihanraya lepas, so tak mengundi..aishh!) perangai jadi macam-macam. Tiada adab nak berbincang, boleh panggil jerit-jerit nama atau panggilan yang boleh dikatakan kurang beradab, boleh tinggalkan dewan sesuka hati, ketuk-ketuk meja dan banyak lagi la .Bila di tonton layaknya bagai menonton kanak-kanak sedang bersidang. (Teringat waktu kecil-kecil dulu, setiap kali hari raya (tahun 1980an) pasti ada rancangan persidangan parlimen kanak-kanak ni.Ini kanak-kanak betul la.Tapi best lagi rancangan tu.)
Semua ni mengingatkan diri kepada surah favourite, Al Hujurat. Surah yang Allah dah bekalkan kita sebagai panduan untuk membina sebuah masyarakat. Pokok kepada pembinaan ini adalah Ketaqwaan kepada Allah dan ketaatan kepada Rasul. Kalaulah setiap dari kita faham ayat pertama dalam surah ni ,
"Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan RasulNya, dan bertakwalah kepada Allah.Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui."
Mereka yang menjadi pemimpin mahupun yang dipimpin masing-masing perlu mencapai syarat nombor satu ini. Pemimpin yang tidak mendahului Allah dan RasulNya, akan jelas dengan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Yang ingin ditegakkan adalah agama Allah bukan perkara-perkara yang lain, yang perlu diperjuangkan adalah agama Allah bukan perjuangan diri sendiri, yang perlu diserapkan dalam masyarakat adalah syariat Allah bukan peraturan ciptaan manusia sendiri.
Pembinaan masyarakat juga bukan sahaja bermula dari pemimpin masyarakat. Setiap individu muslim dalam masyarakat itu perlu taqwa kepada Allah, perlu taat kepada Rasul. Selagi mana kita beriman dan beramal ayat pertama ini, selagi itu kita jelas dengan tujuan kehidupan kita dalam masyarakat. Selagi kita takut kepada Allah, selagi itu kita takut membuat maksiat. Takut untuk mengumpat.Takut untuk menikam belakang.Tidak mudah mempercayai berita yang dibawa oleh orang fasik. Sentiasa bersaudara dengan saudara Islam yang lain dan tidak bermusuh-musuhan. Yang penting, dalam konteks masyarakat ini, kita boleh menilai atas neraca Islam, siapakah yang kita pilih sebagai pemimpin kita. Kerana pemimpin itulah yang wajib kita taati...salah pilih, menjadi penyumbang kerosakan masyarakat itu.
Aku menangis bila membaca buku hasil tulisan Ustaz Hasrizal (Rindu bau pohon Tin) mengenai ketegasan pensyarahnya yang mahukan anak didiknya supaya semua tunduk kepada kuasa Allah bukan kuasa manusia.Ketika membaca bait-bait tulisan dalm buku tersebut, aku turut sama disimbah api semangat disulam dengan kesedihan yang dipamerkan oleh pensyarah tersebut.Hakikatnya, manusia sekarang banyak yang mengikut telunjuk manusia lain. Lagi menyedihkan, diri ini sendiri pun tak mampu dan takut untuk melawan peraturan yang dicipta manusia.Hurmm..lemahnya iman (sedih)
Blog ni bukan blog politik. Aku pun tak akan mewarwarkan di pihak mana aku cenderung. Cuma hanya nak mengingatkan semua, mana pilihan kamu, pilihlah atas dasar ayat 1 surah Al Hujurat itu. Kepada yang nak menonton buletin utama mengenai hal yang berlaku semalam, boleh klik link ini. (Sila abaikan link yang ada dalam video tersebut, aku just nak tengok apa yang disiarkan di buletin utama itu sahaja)
Comments