Bahagia

Bismillahi...

"Bahagia itu ketenangan yang dilemparkan Allah dalam hati kita. Bagaimana nak bahagia? Kebergantungan kepada Allah itu lah jawapannya"

Ustaz Wan dihadapan bersungguh-sungguh memberi penerangan. Aku bersungguh-sungguh melawan kantuk ku sambil cuba mencerna setiap butir bicara Ustaz Wan.

Kebahagiaan itu yang dicari selama ini.Kata Ustaz Wan, orang yang tak bahagia sentiasa marah-marah. Selalu stress. panas baran.Selalu merungut. Arghh! memang selama ni tergolong dalam golongan itu. Betapa lemah hati ini biarpun tahu segala yang berlaku ditentukan Allah. Tapi masih tidak boleh berlapang dada menerimanya.

"Orang yang bahagia akan redha dengan apa yang telah diaturkan Allah kepadanya " katanya lagi. Memang itulah yang sebaiknya. Redha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Tapi, jangan pula kerana kita redha dengan apa sahaja yang berlaku dan akan berlaku, hingga membuatkan kita tidak berusaha untuk mencapai sesuatu.Buatlah terbaik untuk diri sendiri, dan kemudian bertawakal lah kepada Allah.

Teringat 8 tahun dulu, bila mana ada konsep tawakal ini dipertikaikan bagaimana melaksanakannya. Kakak A kata, konsep tawakal aku salah.Aku kata padanya, kita kena usaha bersungguh-sungguh kemudian kita serahkan kepada Allah selepas itu. Dia kata, tawakal itu tidak kira kita dah usaha ke tidak, yang penting segalanya kita serahkan kepada Allah.

Bagi aku, ya betul apa yang kita peroleh itu sudah ditentukan.Tapi, Allah kata "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan jika dia berusaha mengubahnya sendiri". Kita memang kena berusaha yang terbaik untuk diri. Di pengakhirannya hanya doa kepada Allah supaya memberikan terbaik untuk kita. Jika ditakdirkan kita tidak dapat dengan apa yang diusahakan, maka kita kenalah redha dan berlapang dada.Itulah tawakal namanya.Dengan itu, kita akan merasa kebahagiaan dan ketenteraman.

Aku mahu kebahagiaan.Aku mahu ketenteraman.Aku mahu redha Allah.Aku mahu syurga. Aku akan pilih jalan ini..

Comments