Doa

Salam,

Alhamdulillah, usrah hari ini penuh dengan perkongsian yang bermakna. Paling terkesan di hati bila membincangkan hubungan antara pengucapan, permohonan dengan perbuatan yang dilakukan. Kita setiap hari bermohon kepada Allah, dikurniakan kesihatan yang baik. Tapi adakah kita menjalankan amanah Allah menjaga tubuh kita. Adakah kita menjaga makan minum kita. Bagaimana Allah mahu memberi kesihatan yang baik jika kita sendiri tak menjaganya? Bila makan mengikut nafsu, malas pergi exercise, makan benda yang terang-terang kita tahu tak bagus untuk kesihatan dan banyak lagi contoh-contoh kelalaian kita dalam menjaga nikmat Allah, tapi pada masa yang sama kita memohon agar nikmat itu Allah kekalkan kepada kita.

Kita meminta-minta tapi kita tak berbuat apa-apa?

Begitu juga jika kita mengharapkan keampunan Allah, adakah kita berusaha menjaga dan memperbaiki amalan kita?

Tepuk dada tanya iman.



Comments

areT said…
mmm...good words, something to think about
Kay said…
salam... kay dh lama tak join usrah! :(
Mimiamilia said…
Kak atie,
yerp..we should.


Kay,
cuba la cari group usrah kat area kay tu.Kalau kay nak, maybe kay leh bgtau mi kay kawasan mana, nanti mi tanya ada tak group usrah kat area tu or area berdekatan.Bila dah kerja ni, hati kita sangatla berkarat.we need usrah to kikis balik karat2 tu