Berani

Pagi ini seperti biasa akan menjengah ke laman facebook. Melihat apa yang menarik dikongsi oleh rakan-rakan. Ramai yang berkongsi artikel mengenai Dr. Mohammed, pakar ekonomi anak lelahiran Pulau Pinang. Apa yang saya tertarik adalah mengenai prinsip hidupnya yang berpegang kepada kata-kata seorang penulis bernama Pramoedya Ananta Toer :

Dalam hidup kita, cuma satu yang kita punya iaitukeberania. Kalau tidak punya itu, lantas harga apa hidup kita?
Benar. Keberanian itu yang menyebabkan kita bangkit semula dari kejatuhan. Keberanian itu yang membuat ke maju terus kehadapan. Keberanian itu menyebabkan kita bergerak, tidak duduk ditakuk lama. 

Menurut Hamka, berani adalah salah satu elemn yang mnyerlahkan peribadi. Menurutnya lagim peribadi yang berani adalah yang sanggup menghadapi segala kesulitan atau bahaya dengan TIAK KEHILANGAN AKAL. Saban hari kita dengar manusia berani, tapi berani tanpa akal. Seorang Perompak berani merompak tetapi beranunya tanpa akal. Orang bunuh diri berani mengambil nyawa sendiri tapi berani tanpa akal. berani tanpa akal maka ia bukanlah berani yang sebenar.

Hamka juga menegaskan kesihatan tubuh dan jiwa adalah berkait langsung dengan keberanian. Seterusnya pendidikan juga adalah penyumbang kepada keberanian. Berani kerana benar adalah berani dengan ILMU. Sifat berani ini yang ditunjukkan oleh Dr Mohammed dalam keberaniannya memperjuangkan ktidaksamarataan ekonomi di negara ini.

Refleksi kepada diri akan keberanian ini. Tahun 2018 adalah tahun untuk berani. Ada beberapa projek yang perlu dilaksanakan dengan memulakan langkah berani. Baru sahaja minggu lalu dipanggil orang atasan untuk membentangkan projek. Asal projek yang tidak seberapa kini sudah berubah menjadi projek luar biasa. Kuncinya berani menyahut cabaran.

Kesimpulannya, hidup ini sentiasa ditemukan dengan cabaran yang memerlukan keberanian. Selama ada berani dalam diri, betapa besar kesulitan yang dihadapi, percayalah! kita akan mampu menanganinya!

Salam sayang,
Dr Mimi


Comments