Cabaran 2012

Bismillah,

Entri pertama di tahun 2012.

Alhamdulillah, kita semua dah melangkah ke tahun baru. Pasti semuanya mempunyai azam baru untuk tahun ini. Bagi diriku, azam tahun ini adalah untuk meletakkan Allah di tempat pertama dalam setiap apa yang dilakukan. Dengan kata lain, ingin ikhlas dalam setiap perbuatan/ amalan yang dilakukan. Hatta untuk makan, tulis blog dan sebagainya. Bila kita meletakkan Allah yang pertama daripada yang lain, insyaAllah apa yang dilakukan itu ibadah kepada Allah. Tanda kita benar-benar hamba yang hanya mengharapkan balasan dariNya sahaja. Menjadi hamba sebenar-benar hamba adalah azam 2012.

Melangkah ke fasa baru dalam kehidupan sudah pastinya lebih mencabar. (nota : bukan fasa perkahwinan ye. masih mencari lagi ni *wink*). Selepas satu tanggungjawab dilaksanakan(sebagai pelajar) kini tanggungjawab baru digalas. Membawa peranan sebagai pendidik dan penyelidik bukanlah tugas mudah.

"Dr. Mimi tu yang mana?"

Soalan yang ditanya oleh mereka kepada rakanku ketika aku masih di sini, di Glasgow. Soalan yang aku rasa telah bangunkan aku dari rehat yang panjang di Glasgow ini. Ada tanggungjawab besar bila pulang nanti. Allah..Allah..semoga Allah beri kekuatan kepada hamba yang lemah dan ilmu yang sedikit ini. Nervous rasanya bila ingat yang ilmu2 'aerospace' ni dah berkarat...padahal subjek itu yang akan diajar. Semoga Allah mudahkan.

InsyaAllah projek-projek 2012 bakal dilancarkan sebaik sahaja aku balik ke Malaysia. Ada tiga projek buat masa ini. Projek pertama : Halaqah online. (masih dibuka kepada sesiapa yang berminat), projek tadika bersama sarah (sesiapa yg ada degree in childhood edu sgt dialuakan utk join projek ini) dan projek busana muslimah bersama adik kesayangan..cik cik. InsyaAllah..projek ini adalah projek dakwah dan tarbiyah. Semoga Allah mudahkan.

Oh! misi yang takkan ditinggalkan tahun ini..misi mencari cinta. Cinta Allah dan cinta hambanya. Semoga Allah mudahkanku bertemu dengan pasangan yang sememangnya Allah sudah ciptakan.
" Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan semua mahkluk berpasangan, samaada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka sendiri, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya " (Surah Yassin,ayat 36)
Allah akan mengurniakan sesuatu tepat pada masanya. Itu yang aku sangat yakin. Hidup, mati, rezeki dan jodoh sudah tertulis. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Yang lebih perlu dirisaukan adakah amalan ini cukup untuk dibawa ke sana? Maka, yang penting adalah persiapan untuk menjadi hamba dan mengejar cinta Allah. InsyaAllah, dengan itu cinta manusia juga akan menyusul.

Aku doakan semoga tahun ini kita semua akan menjadi hamba lebih taat kepada Allah.Amin.

Comments

yatie chomeyl said…
yatie doakan akak cepat bertemu dgn pasangan yg sama2 mencintai Allah. jgn lupa doakan yatie pun cepat2 dapat habis PhD jugak ye
sweet tooth said…
mi, gua nk join projek busana muslimah... sila submit kertas kerja... huhuhuhuh...
ummi mien said…
kak mimi, nak buka tadika kat ne? kalu dkt ngan umah bole saya jd pelanggan pertama.hehehe...
Mimiamilia said…
yatie..tq...insyaAllah sentiasa doakan kawan2 yg sedang berjuang dlm phd ni..

nin,
orite..aku dah roger kakcik..nanti dia prepare

mien, akak nak bukak kat penang.tapi kitorang ada je tadika kat puncak jalil