Alhamdulillah, semalam bermulanya fasa baru dalam kehidupan. Selamat melaporkan diri di USM. Bila kembali ke USM, sudah tentulah kenangan-kenangan zaman belajar dulu akan muncul satu persatu. Lebih-lebih lagi bila jumpa semula dengan pensyarah dan staf sokongan yang sama ketika waktu belajar dahulu.
"Eh...Norilmi.Awak dah balik" Kak gee, kerani yg masih setia di pejabat aeroangkasa sejak dari zaman belajar hingga ke hari ini dari jauh dah tersenyum ketika aku menolak pintu masuk ke pejabat am.
"Awak ni tak berubah, sama jer...kecik jugak. Eh, sekarang nak kena panggil Dr la yer"
Soalan yang sama ditanya oleh kak ayu, kak eena..mereka semua staff ketika aku belajar dahulu.Seronok dapat jumpa semula.
"Ala, saya tak Dr lagi. belum viva. :) "
"sekejap jer kan, dulu kecik lagi...belajar..sekarang dah mengajar." sambung kak Gee.
Memang sekejap sangat masa berlalu. Padahal, tahun terakhirku di USM adalam 7 tahun yang lalu. Sarah pun dah beranak 4 dah...huuuuuu

Alhamdulillah, kumpulan pensyarah di School Aero semua muda belia lingkungan 20 ke 30an. Tinggal En Halim...opss Dr. Halim (masa dia mengajar dulu panggil en...terbawak2 sampai sekarang) yang masih tinggal dan tenaga pensyarah dari Rusia akan tamat kontrak hujung semester ni. Bila tenaga muda bergabung, InsyaAllah ini adalah sinergy yang bagus untuk menaikkan school Aero. Memang agak sukar jika ada generation gap dalam satu kumpulan. Yang tua pasti mahu didengar dan sukar mendngar. Yang muda pasti sangat oppurtunist dan sgt bnyk benda baru yang mahu diteroka.Bukan mudah untuk bergabung dan bekerja jika tiada kesabaran dan toleransi.
Ketua rancangan sudah memberikan taklimat ringkasnya kepadaku. Apa yang boleh disimpulkan, semester ni tiada beban kerja, hanya fokus untuk lulus viva dan juga menulis paper disamping perlu untuk mulakan research. Apapun di sini, yang paling penting adalah research.I'm looking forward to challenge myself in juggling my life between career and dakwah. InsyaAllah, semoga Allah mudahkan.
Comments