Hebatnya!




Ini adalah kisah antara aku, PhD dan Dia. Biar aku ambil masa emasku sebentar, untuk bercerita tentang kehebatan Dia.


Cuba lihat gambar di atas. Cantik bukan? Setiap titik dalam gambar tersebut dihasilkan dengan penat jerih peluh masa tangis dan sebagainya. Bukan sehari dua. Tapi beratus-ratus jam lamanya. Dicampur tolak, makan berbulan lamanya hanya untuk menghasilkan sebuah gambar yang penuh makna. Ya, picture tells a thousand words!


Dengan bahasa mudah, ini adalah gambaran bagaimana 'spacecraft' ku bergerak dia atas sana. Tujuan utama adalah untuk melihat kesan eccentricity atau dikenali dengan 'e' ke atas dinamik kapal angkasa ini. e adalah parameter untuk sebuah orbit.(kapal angkasa akan bergerak dalam orbitnya) jika e=0 maka, orbitku adalah sfera (ke bulat? huhuhu) jika e>0 dan lebih kecil dari 1, maka orbitnya adalah berbentuk ellips. Jadi, aku mengambil orbit ellips dalam analisis ini. Jika melihat gambar di atas, antara e=0 sehingga 0.28, kapal angkasa itu akan berada dalam keadaan stabil. Setiap pergerakannya terkawal dan ada batasannya. Tetapi bila 'e' mencecah lebih 0.28 titik-titik mula kelihatan berselerak menandakan pergerakan kapal angkasa sudah tidak stabil. Ini sebenarnya, menunjukkan kapal angkasa sudah mula berputar. Dan sekiranya putaran ini tidak dikawal, mungkin akan membawa kepada ketidakstabilan dan menyebabkan kapal angkasa akan sesuka hati bergerak tanpa mengikut laluan sepatutnya.


Dari gambar tersebut, aku juga boleh mengetahui bahawa kapala angkasa ini bergerak dalam tiga frekuensi pada e=0.16 dan 5 frekuensi pada e=0.26 dan  bergerak dalam bnyk frekuensi pada eccentricity yang berbeza. Dan gambar ini menunjukkan kapal angkasa bergerak dengan keadaan yang hampir sama sebanyak 30 kali pusingan orbit.


Ok, itu cerita PhD.


Sebenarnya, gambar itu membuat aku teruja dengan kehebatan Allah. Masih ingat ayat ini?

“Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran”. (Al-Qamar : 49) 
Sesungguhnya, dengan adanya ukuran yang Allah tetapkan maka manusia dapat mengkaji pelbagai cabang ilmu. Dengan adanya ukuran yang telah ditetapkan, maka setiap benda bergerak mengikut sunnatullah. Jika kapal angkasa ini hanya mampu untuk bergerak dalam eccentricity kurang dari 0.28 untuk berada dalam keadaan stabil, maka itu adalah ukuran yang Allah dah tetapkan. Hasil analisis inilah yang membuktikan ayat 49 surah Al Qamar ini.

Refleks kepada diri sendiri. Setiap yang kita lakukan juga pasti ada ukurannya.Sebab itu, mana-mana yang kita langgar ukurannya, pasti akan membawa bencana. Ukuran pada tahap kita makan, kalau lebih pasti membawa penyakit. Ukuran kepada keseimbangan alam, kalau kita tebang pokok banyak2 pasti menyebabkan peningkatan suhu dunia. Dan banyak lagi.....

Hebat sungguh Allah!

" Ya Allah, semoga engkau kurniakan ilmu yang mendekatkan diriku padaMu. Semoga ilmu yang ku peroleh sepanjang PhD ini tidak lain dan tidak bukan hanya untuk aku lebih mengenaliMu. Jauhkan sifat riak dari diriku kerana ilmu ini semua adalah milikMu"

Kita buat PhD bukan untuk jadi hebat. Tapi untuk melihat kekuasaan Yang Maha Hebat. Jadi, jangan fikir kalau dah dapat PhD tu diri hebat sangat :)

p/s: sambung menulis..next week nak hantar!!!!!!! doakan....

Comments

Nihlah Insyirah said…
Perkongsiann yang bermanfaat mi. Ana doakan semoga mimi dipermudahkan dalam setiap urusan yang dilakukan. Amin.
Kay said…
Mimi... thanx Mimi!
areT said…
mantopss
Mimiamilia said…
Thanks ana :)

kay.. :)

kak aret..mantop per nyer..lawak jer kalau nak membahasa melayukan istilah.
ilahS said…
Ermm...KAGUMNYA!!!!!!
Mimiamilia said…
ilahhh :P
Anonymous said…
subhanallah, thanks for sharing!
-mun