Cinta

Sesiapa pun suka berbicara tentang CINTA. Kerana CINTA itu fitrah. Ada yang bahagia dengan CINTA dan ada yang merana kerana CINTA.

Alhamdulillah, Allah telah memberikanku banyak episod cinta. Yang baik dan yang buruk. ALhamdulillah, kerana cinta Allah, aku sentiasa diselamatkan dari terus hanyut dan kufur pada nikmatnya.

PhDku hanya tinggal beberapa bulan sahaja untuk tamat tempohnya. Owh! Jangan ditanya di tahap manakah aku sekarang. Soalan tu sangat sensitif dan sangat memberikan stress pada kami yang patut habis tapi tak habis-habis lagi. Bukan soalan yang kami nak dengar. Tapi doakanlah semoga dimudahkan urusan PhD ini. Soalan mama pun setiap kali menelefonnya, pasti akan keluar pertanyaan "Belajar macam mana?" dan jawapan biasaku "Tengah buat..insyaAllah". Soalan seterusnya, "ada siapa2 tak lagi?" (Adakah anda semua faham soalan itu? :))

Aku sejujurnya menjawab, biar habis dulu PhD ni. Dalam hati...biar Allah yang tentukan. Kerana urusanku sudah ku letak sepenuhnya pada Allah. Usaha sudah dilakukan. Hanya jodoh dan masa yang belum sampai lagi. 

Selepas Allah sedarkan diri dengan episod2 cintaku yang lalu, memang hati ini aku tutup serapatnya hanya pada yang Halal. Ingin bukanya, pergila dengan cara yang sepatutnya. Kerana memang tiada istilah bercinta sebelum kahwin. Aku sudah merasakan. Dan aku tidak mahu mengulangi kesalahan itu. Tiada nikmatnya cinta itu. Sentiasa dipenuhi dengan nafsu dan angan-angan panjang yang entah jadi atau tidak. Hati terus jadi rosak. Hilang cinta pada tuhan.

Masakan kita boleh kata kita cinta pada tuhan, di masa yang sama kita mencintai makhluknya sepenuh hati. Dalam hati itu sahabatku, hanya ada satu rongga. 
"Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya..." (Al Ahzab:4)
Jika kau penuhkan hatimu dengan cinta makhluk, di mana kau mahu letak cinta Allah yang Maha besar itu? Aku sudah merasakan... konon mahu mencintainya kerana Allah. Cinta apa kerana Allah jika hati bermaksiat, jika apa yang dilarang Allah kau lakukan. Apa nilai cintamu itu pada Allah? Memang cinta tidak halal itu, angaumu itu hanya merosakkan hati.

Biarlah aku dikatakan anak dara tua mahupun andalusia biar apapun istilah yang kalian beri. Biarlah... biarlah Allah tentukan diriku ini dengan yang selayaknya. Biarlah..biarlah aku bercinta dengan Allah sampai hujung nyawa. Tak pernah ada kekesalan jalan yang dipilih ini. kerana ku tahu, nikmat cinta dunia itu hanya sementara...

Seusai melawat adikku semalam, Allah..aku merasakan ada sesuatu yang Dia mahu aku pelajari. Bagaimana adikku itu berusaha untuk tidak terjebak cinta larangan ini. Sanggup memutuskan, sanggup terima risiko demi kefahaman yang diperoleh.Allah memang mencintainya dan ingin selamatkannya.Terima kasih Allah kerana memberi pelajaran itu. 

kepada yang sedang bercinta sebelum kahwin, mungkin kau dapat syurga sebelum kahwin, tapi jika kau terus hanyut dan lalai syurgamu itu mungkin Allah tarik selepas berkahwin. 

kepada pencari cinta, mari kita berdoa semoga Allah terus beri kekuatan kepada kita agar terus berpegang pada taliNya dan tetapkan hati kita menghadapi dugaan nafsu dunia ini. Semoga Allah kurniakan syurga di hati kita...

Ingin aku kongsikan pesanan indah dari ustazah fatimah mengenai cinta kerana Allah..aku menangis mendengarnya...



Pesanan ustazah untuk cinta kerana Allah :


1) Muhasabah selalu - bertaubat jika kita telah melakukan sesuatu yang dilarang Allah (teringat, termemuja, terangau dan sebagainya.)Kembalikan cinta kita kepada Allah


2)Jaga keikhlasan hati kita. Ikhlas cinta kepada Allah...


3)Tutup pintu-pintu fitnah - menjaga ikhtilat,menjaga aurat, menjaga pandangan.etc.


4)Siapkan diri untuk menjadi pasangan yang ideal - sibukkan diri dengan memahami agama dan sebagainya.


Semoga dapat manfaatnya,


salam cinta,
Mimiamilia

Comments

azya said…
betul kak mimi, bercinta selepas kawin tu indah. lg indah nikmatnya dr bercinta sebelum berkahwin :)

bila dikenang kenang balik masa awal2 berkahwin, rasa mcm nak gelak pun ada :)
Kay said…
salam cinta utk Mimi juga :)
yatie chomeyl said…
yatie doakan semoga urusan study akak di permudahkan oleh Allah, Ameen.

pasal cinta tu yatie steuju sgt2. dulu2 masa gedik2 pernah la couple dgn seseorg smp 6 thn. tp sbb parents x suka; yatie break.

lepas tu yatie doa je dgn Allah, kalau ada org suka dgn yatie lepas ni takmo couple2 dah. terus suruh dia mausk meminang. Alhamdulillah, Allah kabulkan doa yatie tu. :)
Kak Ita Cumbernauld said…
Rezeki dan masa adalah hak Allah. Cepat atau lambat kita akan sampai ke san, cuma yang menetukan hanyalah MASA. Bukan kita yang layak menentukan MASA. Insya Allah you will get to the end of the road.
Mimiamilia said…
ani,
owh..akak still ingat kisah2 cinta awak dulu. tup tup jumpa hubby awak tu terus kahwin..:)alhamdulillah...

Kay,
salam cinta :)

yatie..
tq!
alhamdulillah..bila baby sn nak dpt adik (soklan biasa...ehehehe)

kak ita,
insyaAllah..i believe allah dah aturkan semuanya cantik dan tepat pada masanya.akak dah submit?
umi nuha said…
LIKE!!