Bismilllah,
Hari ini, masuk seminggu sudah kembali di Glasgow. Sepatutnya, dapat menjalani kehidupan secara normal...sepertu biasa. Malangnya, penangan jetlag kali ini agak melampau. Ketika ini jam menunjukkan 4.46 pagi dan sebenarnya mata ini sudah terbuka luas 46 minit yang lalu. Setiap hari bila masuk pukul 7 malam, mata bagai tak boleh ditahan-tahan untuk tutup. Jadi, terpaksa tidur sebarang sejam dua dan kembali bangun dalam pukul 8 atau 9 malam dan kembali tidur pukul 12 malam. Itu rutin seminggu. Ada baik dan buruknya.
Yang baiknya, dapat berjaga di awal pagi dan bangun untuk tahajjud serta buat kerja-kerja PhD. Yang buruknya, badan agak letih dan sukar untuk kawal mengantuk di waktu petang itu.Disebabkan keletihan juga aku telah buat beberapa keputusan yang tak sepatutnya.
Sepanjang hari semalam kami berprogram di Edinburgh. Bila pulang ke Glasgow, jam sudah mencecah ke angka 7. Badan pun sudah sangat letih, mata minta ditutup. Tapi digagahkan juga untuk pergi ke Furqan mosque menghadiri program MAB di sini. Berpusing-pusing kami mencari jalan masuk ke masjid. Bila badan letih, mula lah tidak sabar, dan telah menyuruh driver ambil jalan mudah iaitu masuk ke jalan yang terang-terang tertulis NO Entry yang telah menyebabkan sesuatu telah berlaku pada kereta kami. Aduh....
Telah berlaku kerosakan yang agak major (that will cost £100-300 to repair).
Tak cukup dengan itu, boleh pula ambil decision membiarkan driver dan kakaknya menunggu sendiri AA dan diri sendiri terus pulang ke rumah kerana memang mata rasa tak boleh buka dah. Tak bertanggungjawab langsungkan???? Memang hakikatnya, sampai sahaja di rumah terus beri duvet pada tetamu dan naik katil tidur.Sedar-sedar dah pukul 4 pagi.
Bangun tidur dengan rasa bersalah :(
Sepatutnya, susah ditanggung bersama. Tula..tiredness can kill...telah membunuh my rationality dan telah buat a big mistake.
Jadi, pagi ini, aku ambil masa untuk muhasabah diri semula. Terutamanya dalam hal-hal melibatkan ukhuwah.
Ada syaitan berbisik dalam hati supaya buat tak tahu jer baca message kakak driver yang ku baca pagi ni yg menegur kesalahan malam tadi.syaitan juga ada kata tak payah nak minta maaf sebab memang tengah penat giler semalam dan diorang mana pahamkan?. syaitan juga kata lagi , pergi la merajuk, takyah tengur mereka seminggu...baru padan muka mereka sebab tegur you yg lebih tua ni.
and i've said to that syaitan...
"Hello...I am sorry. You get the wrong person. Kalau 3,4 tahun lepas I may follow what have u said. Tapi tarbiyah ini telah membuatkan diri berfikir dengan lebih matang dan memang sepatutnya kita mengaku kesalahan diri regardless betapa tuanya kita dari org yg kita buat salah. Put aside the ego that leads you to nowhere. Patut lebih berterima kasih kerana ada orang yang mengingatkan kesalahan diri. Manusia memang tak pernah lari dari buat kesilapan. Naqibah ke, orang alim ke, orang yang dah lama dalam tarbiyah ke, sesiapa pun memang akan buat kesalahan. Terima teguran dengan hati terbuka dan jangan malu dari memohon kemaafan. So, please la syaitan...pergi main jauh-jauh boleh?"
:)
To driver n driver's sister, mohon kemaafan diatas perbuatan yang tidak sepatutnya semalam. InsyaAllah, I will help driver bawa kereta pi service nanti...
with lots of love,
kakak jetlag.. (peace!)
Comments