Khabar Malaysia

Bismillah walhamdulillah...

Cuti-cuti buat visa di Malaysia sudah berakhir. Kini berada di bumi Glasgow semula menyambung perjuangan yang belum selesai. Sudah pasti, satu tanggungjwab berat terpikul di bahu ini. Hanya ada beberapa bulan untuk menyiapkan PhDku. Ketika di Malaysia, ada beberapa sahabat bertanya khabar researchku. Dah menuliskah? Dah habis experiment? Dah nak habiskan? Aku menjawab semua soalan dengan senyuman. Masih banyak yang perlu disiapkan dalam masa yang singkat ini. Semoga Allah mudahkan.

Cuti kali ini memang sangat sibuk. Langsung tak sempat nak tengok research. Memenuhi undangan dan membuat lawatan ke beberapa tempat. Bunyi macam YB kan? ehehehe..lebih kurang la tu. Alhamdulillah dapt berjumpa dengan beberapa ahli widad munisah. Terubat rindu di hati. Jumpa Syida, Wan, Iqa, ainul, teha dan sudah tentu Sara. Bertanyakan khabar dan semestinya bertanyakan perjalanan tarbiyah. Alhamdulillah, mereka masih cintakan jalan tarbiyah ini. Cuma kekangan waktu kerana bekerja yang kadang-kadang menghalang.

Bila berada di Malaysia, memang sangat terasa mudah untuk larut. Tangunggjawab di Malaysia adalah lebih daripada ketika berada di Glasgow. Ada family untuk kita santuni, ada kawan-kawan yang kita tak boleh terus melarikan diri dari mereka dan ada anak-anak usrah yang memerlukan bantuan. Bila balik for good sudah tentu ada kerjaya yang menuntut tenaga dan masa kita. Jika dilihat pada semua tanggungjawab ini, memang terasa amat berat. Tapikan Allah hanya memberati seseorang dengan sesuatu yang sanggup dipikulnya. So, be positive! Kita boleh!

Adik-adik yang pulang ke Malaysia ini, rata-rata mengadu mengenai keraguan keluarga mengenai usrah. Mereka takut anak meraka ni masuk ajaran sesat. Aku tak boleh salahkan ibu bapa juga kerana situasi di Malaysia sememangnya ramai yang terjebak dengan ajaran sesat ini. Ada juga yang berubah secara mendadak tetapi kurang ilmu dan panduan menyebabkan family rasa dipinggirkan. Kasihan aku melihat adikku yang seorang ini. Sentiasa berada di dalam keadaan serba salah. Tidak tahu mana yang hendak didahulukan. ibu atau usrah/program. Aku cuma mampu menasihatinya supaya menyantuni ibu itu adalah priority yang paling utama untuknya ketika ini. Hatta Rasulullah juga tidak membenarkan sahabat yang hendak pergi berjihad tetapi belum minta keizinan dari ibu bapa untuk turut serta ke medan. Dan banyak ayat-ayat di dalam Al quran yang mementingkan penekanan untuk berbakti kepada ibu bapa. Kan redha Allah itu bersama redha ibu bapa kita? InsyaAllah, jika kita berjaya menawan hati ibu bapa, sangatlah mudah untuk meneruskan perjalanan dakwah dan tarbiyah ini. Yang penting doakan selalu semoga ibu dan ayah terbuka hatinya untuk faham apa yang kita lakukan ini.

Ada juga yang kulihat apabila sudah berubah, terus meninggalkan kawan-kawan yang lalu. Mungkin setiap orang berbeza. Tapi bagi diriku, kita tidak boleh terus lari daripada kawan-kawan yang lalu. Waktu inilah patut digunakan oleh seorang daie untuk menanam benih di tanah hati setiap manusia. Mungkin kita tak boleh directly berdakwah secara lisan dengan mereka (of course mereka nanti panggil kita ustazah/ustaz). Tapi mungkin boleh menjadi contoh dari segi akhlak, pemakaian dan banyak lagi. Jangan terus menjauhkan diri dari mereka hanya kerana mereka tidak ikut usrah, bercerita banyak hal dunia, mahupun berpakaian tidak begitu menutup aurat. Jangan merasakan diri kita lebih baik daripada mereka. Bukankah dakwah itu bermula dengan tautan hati. Cubalah tautkan hati dengan sahabat-sahabatmu. Bila hati bertaut, insyaAllah mudah untk kita menasihati dan membimbing mereka. Kasihan jika kita terus meninggalkan mereka? siapa yang mahu menarik mereka untuk kembali ke jalan yang lurus ini?

Namun, mungkin akan ada yang berkata. Saya tak cukup kuat untuk terus bersama mereka. Takut diri akan kembali kepada yang dahulu. Memang hal ini bleh berlaku. Tapi we should face our fear instead of run from it. Doalah kepada Allah dan mintalah kekuatan itu daripanya. Doalah agar Dia terus memelihara kita. Semoga kita menjadi magnet kepada mereka disekeliling kita. Magnet yang menarik manusia ke arah kebaikan.InsyaAllah....

Comments

Kay said…
istiqamah itu mmg tidak mudah, moga ditetapkan hati utk itu, demi mencari redha Allah...

selaamt berjuang sahabtku!
Cerita bonda said…
mie...bila dgn aku, hg takkan berubah..tapi aku yg akan berubah ikut hang..insyaAllah :)
Mimiamilia said…
tq kay! nanti mi balik for good kita panjat gunung sesama yer... :)

sarah..
InsyaAllah..bnyk dah perubahan positif aku nampak kat hang..
ingin menyambung pengajian ke peringkat phd jgk, namun master pon xambk lg.....
Mimiamilia said…
en sukri,
yg penting tak berhenti untuk terus meningkatkan diri dr segi apa pun. Keinginan dan keazaman tu penting untuk peningkatan diri.Kita mahu jadi muslim yg lebih baik dari semalam supaya kita tak menjadi org yg rugi..

wallahua'lam