Hijrah


Bismillah.

Salam Maal Hijrah semua. Semoga kita diberi kekuatan untuk berhijrah menjadi hamba Allah yang lebih baik. Menjadi anak yang lebih baik. Menjadi pekerja yang lebih baik dan menjadi pelajar yang lebih baik.Menjadi suami/isteri yang lebih baik. Hijrahlah..tinggalkan semalam, jika semalam itu kelam...Hijrahlah supaya kita semua satu hari nanti dapat bersama-sama berbual-bual tentang amalan soleh kita ketika di atas singgahsana di syurga Allah nanti.Amin...

Buat kamu,

Semoga Allah beri kekuatan untuk kita supaya masa lalu kita lupakan dan kita gantikan dengan amalan yang lebih baik. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita. Pohonlah pada dia kekuatan itu. Kerana hanya dialah sumber kekuatan itu. Bukan diri ini malah bukan dirimu sendiri.  Syukurilah dengan 'kurniaan' yang Allah berikan kepadamu kini. Semoga itu juga menjadi kekuatan untuk dirimu.

InsyaAllah, aku doakan semoga Allah sentiasa memberi taufiq dan hidayah kepada kita.


Comments

soliloquy said…
ameennn