"Akak, saya teringat masa pertama kali jumpa akak di winter camp" dia tersenyum.
Aku membalas senyumannya. Tidak tahu apa maksud disebalik kata-katanya. Cuma boleh mengagak, mungkin kerana dulu, aku hanya menjadi peserta, dia pun peserta. Kami hanya berada di kerusi pendengar. Tapi kini kami sama-sama berada di hadapan. Bersama menggerakkan dakwah di bumi UK ini.
Sungguh cepat masa berlalu. Di kala winter camp yang pertama kali aku berjumpa dengannya, aku seorang yang masih belum faham. Masih tebal jahiliyah diri. Aku masih ingat, ketika perbincangan permasalahan dakwah ketika winter camp itu, aku dalam hati sungguh rasa tidak puas hati kenapa perlu ada tarik menarik untuk menyertai jemaah. Kenapa jemaah jemaah yang ada ni tak bersatu. Sudahnya aku jadi tidak berminat untuk menjalan kewajipan itu. Namun, adik naqibah tidak berputus asa. Tetap terus mengajakku untuk bersamanya dan memupuk kefahamanku sehingga Hidayah Allah itu datang dan menggerakkan hati untuk berada di jalan ini.
Ada orang pernah berkata kepadaku. Kenapa susah payah buat kerja ni? Baginya, lebih baik duduk lepak-lepak tengok tv atau pi tengok wayang. Kita bukan buat jahat. Kita masih solat, masih puasa malah kesemua rukun Islam itu sudah dilaksanakan. Adakah kita tak masuk syurga?
Sebenarnya, itulah juga yang aku fikirkan perkara yang sama 2 tahun lalu. Aku hanya ingin jadi baik. Tak lebih daripada itu. Rupanya diriku salah. Mataku di buka dengan menyaksikan keruntuhan Islam itu. Aku mendapat ibrar dari sekeliling ku malah pengajaran daripada apa yang telah berlaku pada diri sendiri. Aku di sedarkan bahawa tanpa tertegaknya Islam, kemusnahan itu akan terus berlaku. Masalah sosial itu takkan terselesai. Ajaran sesat itu akan terus berleluasa. Sesama Islam akan terus mengkafirkan antara satu sama lain. Terus dilabelkan pemalas,mundur dan pengganas.
Siapa yang mahu membela Islam itu kalau bukan bermula dari diri sendiri? Mahukah aku meletakkan anak-anakku nanti dalam dunia yang aku sendiri gerun untuk mendudukinya. Teringat kata-kata Makcik N yang telah berada lama dalam jalan ini yang sempat kujumpa minggu lalu. Katanya, jika kita sendiri tak cuba mengubahnya siapa lagi yang akan melakukannya. Kita kena sedarkan masyarakat kita tentang keruntuhan Islam ini. Mungkin kita tak rasa kewajipan berdakwah selagi bahana maksiat itu tak terkena pada kita. Cuba bayangkan jika kita adalah mangsanya? mangsa rogol, mangsa ragut, atau adik/anak kita mangsanya?Cubalah bayang..adakah kita masih mahu berdiam diri dan hanya terus melihat manusia ini terus melakukan kerosakan?
Astagfirullah..aku tak sanggup membayangkan. Dan dakwah itu sudah jatuh menjadi wajib kerana keadaan dunia ini sekarang.
Dan aku juga teringat kata-kata Ustaz M ketika berada di dalam program tahun lalu yang bahawsanya kita kena sedarkan manusia ini tentang adanya hari Kiamat. Tentang hakikat yang kehidupan dunia ini sementara. Sesungguhnya maksiat itu berlaku kerana manusia itu lupa bahawa dia akan MATI.
Namun dakwah itu ada banyak cara. Dan aku yakin apa yang aku lakukan sekarang adalah yang terbaik dan aku juga tidak menolak cara lain yang boleh membentuk manusia menjadi khairatun ummah (sebaik2 umat). Bersama membentuk diri manusia itu menjadi individu Muslim dan individu yang dibentuk itu dapat membentuk manusia yang lain dan rantai pembentukan manusia itu akan terus bersambung sehingga berjaya membentuk sebuah keluarga, masyarakat malah daulah Islam. Pembentukan individu itu atau tarbiyah itu bukan sekadar mendengar ceramah, membaca blog islamik atau mendengar nasyid. Ia lebih daripada itu.(InsyaAllah, aku akan kupaskan lagi mengenai hal tarbiyah ini)
Comments
ustaz I bagitau, inilah apa yang dipanggil "bijaksana" , sesuatu mende yang kita kena ada untuk menyampaikan ilmu. Ilmu ada bijaksana takdak tak guna, bijaksana ada ilmu takdak pun tarak guna jugak.
just my two cent, though. jangan marah saya. saya budak baru belajar. kalau salah tolong belanja makan. :P
i just say i believe with what im doing now. but im not reject other way too..
i think should rephrase my word kat entry..org salah baca kot..
somehow ana pun merasai apa yang kak mimi rasa, cuma tak tertulis kata2nya. you said the exact same things that i believe in.
berdakwah itu, memerlukan kita bersusah payah. memang banyak jalan, dan banyak cara, tapi tidak ada option untuk go slow di pihak kita dalam banyaknya jalan dan banyaknya cara (faham ke tidak ek). Maksudnya gini, katakanlah mad'u itu 'umum', sudah tentu kita tidak memaksa dia akan melaju dalam memahami islam, on his/her part, of course kena go slow. BUT ON OUR part, we cannot go slow. Maksudnya, kita sentiasa dok sibuk fikirkan perkara yang paling memudahkan dan tidak memaksakan dia memahami islam itu, sehingga dia sedar bahawa dunia ini terlalu sementara, dan unfortunately it;s getting worse, and terlalu mengerikan yang anak2 kita yang akan duduk di dunia fana ini.
contoh lagi: setengah orang, hanya boleh terima melalui perbuatan yang baik, jadi kita tunjukkan akhlak yang baik, setengah orang kena dengar, jadi kena bagi dia pengisian, macam2 orang.dan kita pula ada macam2 potensi. kalau pandai bercakap, bolehlah berceramah sana sini.. ada yang pandai melukis dan berjenaka, dikeluarkannya komik2 islami..
asalkan buat sesuatu atas landasanNYA, jangan pula dok komplen, orang ni buat benda ni tak betul, tak kena gaya lah, tak kena masa-lah, padahal diri sendiri dok relax(atau serabut?) fikirkan hal sendiri yang sampai sudah tak selesai.
dalam masa yang sama, kita juga dok sibuk dengan mad'u yang lain, yang laju, sederhana laju, lagi slow etc etc.. sama juga situasinya, kita wajib fikir, analyze dan bertindak mengikut situasi. it doesn't mean that we can say, "oh my mad'u is umum, so we can go slow (and i will also slow down)".
did i get ur messange right, kak mimi.
Salam sayang dari bonn..
ummuahmadsalma.
i got ur message..kita tak boleh larut dengan tahapan madu' kita. Madu' kita maybe lambat tapi kita kena laju.laju fikirkan macam mana nak tackel org umum. Sebab skill untuk tackle org umum lagi susah dr nak tackle org yang dah ada kefahaman sedikit.
Tapi semua itu kembali kepada sirah Rasulullah yang kita jadikan panduan untuk berdakwah. Dakwah rasulullah penuh seni kan? Setiap yang datang padanya pasti akan mendapat sesuatu yang lain walaupun pokok persoalannya sama.
dan juga himmah kita dan istiqamah kita atas jalan yang bukan mudah ini. Kena banyak belajar. belajar ilmu kemanusiaan...supaya kita tak dikatakan tidak berhikmah dalam berdakwah. Kenali manusia itu, dan dari situ kita akan tahu kat manu switch untuk on kan kefahaman islam. Tapi semua itu banyak diraih dari pengalaman. Tapi kalau kurang bekerja dalam dakwah, kuranglah pengalaman.So, buatlah sebaik mungkin untuk menraih pengalaman itu. InsyaAllah...apa cara pun kita lakukan lillahitaala, Allah takkan sia-siakan.
tak pernah jumpa awak, tapi rasa dekat sangat dalam hati...hopefully we can meet someday yer :)
cik mimi : yeah, believing in what we do is very important. lain orang, lain penyampaiannya. Kalau kita tengok sirah baginda s.a.w., dakwah pertama yang baginda lakukan (dan terus dilakukan sehingga baginda wafat) adalah dakwah melalui akhlak.
aihhhhh kalau di bincangkan lebih mendalam risau ada orang marah pulak. i'll just stop here.
u'r doing great, cik mimi! ^_^
this floor is open for discussion. Yerp dakwah melalui akhlak. Tapi still kena sampaikan. Jadi, daie perlu ada: akhlak yang baik + dan menyampaikan dakwah itu.
Ia dtg dlm package. kalau akhlah jer...kadang-kadang tak dapat nak fahamkan org juga. contoh.. nak fahamkan hakikat tauhid. agak sukar untuk ditunjukkan melalui perbuatan. Tapi boleh difahamkan dgn menyampaikan ayat 2 quran dan penjelasannya.
tapi, kalau duk suruh org takutkan allah, esakan allah tapi sendiri masih bermaksiat pun tak guna...
ooo macam nak ckp panjang tapi ada kerja nak buat..
till then
and sooner. i'm speechless. subhanallah. :)
i see the transformation. oh me too tranforming. we both.
am proud of you now and nonetheless before.
semoga thabat.
Allah bless you always. :)
yang di ajar oleh guru I, dakwah itu ada banyak jalan. semua jalan hendaklah di sesuaikan dengan tempat dan masyarakat.
i remember what my arwah ustaz used to say, lebih kurang gini lah ayat beliau : untuk selamatkan orang daripada api neraka, kita langkah ke dalam api itu @ hulur tangan kita ke arah orang itu, jadi kita pasti akan terbakar dengan api yang sedang membakar orang ittewwwww....
sampai laaaa nih ambo tak berapa nak paham sangat secara mendalam ayat beliau.. har har har har...
masuk ke dalam 'dunia' org yang hendak diselamatkan dan tarik di keluar ke dunia yang lebih selamat. tapi patutnya takleh la terbakar..meaning takleh lah terkesan dgn dunia org tu...yang bab terbakar tu kurang paham sket