Salam,
Lagi beberapa langkah hendak sampai. Tapi bila Allah dah tetapkan kita tidak akan sampai, makanya perjalanan kita akan berhenti jua. Baru sahaja menerima berita kematian Tok Om, datuk sedara sebelah ayah yang agak rapat dengan keluarga kami. Hanya sehari sebelum Ramadhan. Hari raya tahun ni mesti agak kurang meriah (walaupun diri sendiri tak raya di Malaysia tahun ni) kerana rumah Tok Om adalah rumah wajib yang akan kami sekeluarga singgah untuk berhari raya.
"...Maka apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun" (An-Nahl : 61)
Di Malaysia, sudah confirm esok puasa. Di sini, masih menunggu-nunggu. Entah sempat atau tidak sampai ke Ramadhan. Hanya Allah yang tahu. Tapi sangat berharap Allah panjangkan umur untuk sampai ke Ramadhan yang sudah sangat dekat ini. Semoga kita berpeluang menjalani ibadah puasa tahun ini.
Selamat Berpuasa semua!
Comments
moga arwah bersemadi dengan aman di sana...