Bismillah..
Aku lihat dia menekuni kerjanya. Bersungguh-sungguh. Puntung-puntung rokok disudut hadapan kedai itu disapu.Bersih.
Aku lihat dia menekuni kerjanya. Bersungguh-sungguh. Puntung-puntung rokok disudut hadapan kedai itu disapu.Bersih.
"Diorang ni buat kerja sungguh-sungguh, walaupun tukang sapu"
Kak Fida menyuarakan apa yang bermain di hatiku.
"Saya baru nak cakap kak. Tu la, walau kerja sebagai tukang sapu diorang memang buat kerja sungguh-sungguh.Omputih memang camni kan"
Itu yang aku perasan. Mereka di sini mereka bersungguh dengan kerja mereka. Tidak payah pergi jauh. Supervisorku mengaku sendiri padaku yang dia bekerja 7 days a week. Walaupun aku tahu sekarang dia mengalami masalah kesihatan tetapi dia tetap berkerja kuat.
"Eventhough I'm sick, I am positive with myself." Itu yang dia katakan kepadaku ketika aku bertanyakan hal kesihatannya. Penting untuk aku tahu sihat dan sakit supervisorku. Perjalanan PhD ku ini sangat terkait dengan dirinya.Setiap hari pun aku doakan supaya dia sihat.
Jika mereka tekun berkerja, bersungguh-sungguh mencapai kejayaan kita sebagai seorang Muslim patut lebih dari itu. Kita sememangnya tahu bahawa Allah suka mereka yang bersungguh-sungguh dengan sesuatu yang kita lakukan.
"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)" (Al Insyirah : 7)
Allah Maha Melihat apa yang kita lakukan. Patutnya, kita takut untuk curi tulang. Kita sebagai Muslim mahu jadikan dunia ini jambatan akhirat. Patut kita bina jambatan kita dengan kuat. Kerja kita di dunia ini perlu bersungguh. Bersungguh bukan untuk cepat kaya. Tapi untuk dapat keredhaanNya.
"Akak, dulu saya selalu cakap begini bila nampak tukang sapu : 'Tu la, dulu tak mahu belajar rajin-rajin'. Jahatkan saya?" Aku meneruskan perbualanku dengan Kak Fidah.
Itulah hakikatnya. Dulu aku memandang rendah mereka yang bekerja sebagai buruh kasar ini. Aku merasakan mereka tak cukup berusaha untuk mengubah kehidupan mereka. Hakikatnya,aku salah. Itu adalah rezeki mereka yang telah ditentukan oleh Allah. Mungkin aku nampak mereka penat bekerja dan gaji sedikit, tetapi itu bukan ukuran kebahagian seseorang. Mungkin mereka lebih bahagia. Lebih bahagia dari mereka yang duduk di Pent House tingkat 20.Yang takut bangunan runtuh dek tanah runtuh di bukit sebelah.
Harta kekayaan itu bukan ukuran hidup seseorang. Allah tak pandang semua itu. Yang dipandang adalah keimanan. Jangan kita sibuk kejar kekayaan dunia hingga lupa menambah kekayaan hati kita dengan iman.
Kini, setiap kali aku melihat tukang sapu, aku jadi insaf. Lebih-lebih lagi aku pernah memegang title cleaner 3 tahun lalu. Baru aku tahu perasaan mereka yang membersihkan mangkuk tandas dan najis orang lain. Pekerjaan itu tidak hina. Lebih baik dari menjadi pegawai kolar putih, duduk bekerja di tempat berhawa dingin, dan yang makan rasuah setiap hari.
Miskin harta itu bukan hina...
Miskin iman itu yang 'celaka'...
Comments
dulu saya pun ada terpk camni...
tp lama2 terpk jugak...takde diorang ni hidup kebanyakan org juga susah...
ptt berterima kasih dgn diorang :D
kalau takde diorang mau nyer sampah sarap sket punya banyak tak terbuang/tersapu
in fact..jika hidayah Allah itu smpai pd mereka,xmustahil mereka lebih baik dr kita berkali2 ganda..
alhamdullilah..thanx a lot kak mimi..;((
semoga kita selalu muhasabah dgn setiap kesalahn yg kita lakukan dahulu...
doa juga allah tak tarik balik hidayah yang sampai pada kita..