Mencari cinta Ilahi, hari ke 6 : Jom belajar Quran.

Bismillah,

Alhamdulillah, sudah masuk hari ke 6. Cuba toleh sebentar 6 hari yang telah berlalu. Adakah bertambah amalan? Adakah amalan masih istiqamah? Adakah malam sudah dihidupkan? alangkah rugi jika 6 hari itu berlalu tanpa apa-apa pertambahan dalam amalan. Malahan lebih rugi jika hanya mendapat lapar dahaga di bulan Ramadhan ini.

Entah berapa ramai yang setiap kali berdiri solat terawih, mengharap-harap imam habis segera. Setiap kali masuk hari baru, berfikir-fikir apakah menu berbuka puasa ataupun, menghitung-hitung berapa hari lagikah hendak berhari raya, sudah siapkah kelengkapannya. 

Ramadhan ini adalah bulan untuk kita bershopping pahala, bukan bershoping sakan untuk berhari raya.Allah memberi pelbagai ganjaran menarik, adakah kita sudah mula merebutnya? Jualan murah pahala yang hanya berlaku sekali setahun selama sebulan.

Kita patut mempunyai target untuk dicapai pada bulan yang mulia ini. Jika masih belum set target, masih ada masa. Baru 6 hari berlalu...hari-hari yang akan datang masih boleh kita penuhi dengan amalan jika diizinNya.

Mungkin salah satu target adalah menghafal beberapa surah. Oleh itu, aku mengajak kawan-kawan sekelian, bukan sahaja untuk menghafal tetapi mempelajari dan memahami surah yang dihafal. Kita mulakan dengan juz amma.

Mungkin kuliah di sini(sila klik) ini dapat membantu kita memahami Surah-surah dalam juz amma.

Brother Nouman, spekar yang memberikan kuliah2 tersebut ada mengatakan bahawa keruntuhan moral, sprititual,intelektual dan psikologi umat Islam sekarang adalah kerana hubungan dengan Al Quran itu hampir tidak ada. Kita membaca Quran , tetapi hanya sekadar baca dan langsung tidak memahami. Jika tidak memahami bagaimana mahu meresap ayat-ayat Allah itu ke dalam jiwa/hati seterus mengubah diri kita?

Oleh itu, ambil kesempatan Ramadhan ini untuk mempelajari Al Quran. Semoga Allah permudahkan untuk kita semua mempelajarinya dan Allah berikan cahaya ke dalam hati kita agar mudah memahaminya. Jika kita ada usaha, InsyaAllah Allah akan membantu.

Jom, target untuk hafal dan pelajari sekurang-kurang separuh Juz Amma...

p/s: Ucapan raya untuk semua di sini . Agaknya bila org baca mesti kata, tiap2 tahun pun muka ni keluar...bila  la dia nak habis belajar. Hihihihi...doakan dimudahkan yer!

Comments