Bismillah.
Alhamdulillah, hari ini kita melangkah ke hari ke tiga. Semoga amalan terus istiqamah hendaknya. Terasa sangat ketika berterawih pada malam pertama, diri rasa bersemangat. Semalam, terasa sedikit kepenatan berdiri. Sengaja memilih untuk berterawih di masjid yang membacakan satu juzuk semalam dalam solat terawih. Sambil bersolat sambil membaca Al Quran bersama imam.
"Kat sini terawih 1 juzuk sehari ma. Terawih habis pukul 12 malam." ujarku ketika bersembang dengan mama di telefon pada hari pertama Ramadhan.
"Lamanya..." balasnya.
"Takpe, sambil tu pegang la quran kecil dan baca dengan imam sekali. Takdelah ngantuk"
"Eh, boleh ke buat macam tu.tak batal ke gerak-gerak?" Mama tanya.
"Tak la,Mazhab syafie jer yang cakap pasal gerak lebih tiga kali tu batal. Pergerakan tu pun pergerakan yang besar. Tapi mazhab lain tak cakap pun pasal ni" aku sambung.
Untuk menguatkan hujah di atas, aku cuba cari rujukan mengenai masalah pergerakan ni. Rata-rata mengatakan tidak batal solat.Tiada dalil Al Quran dan Hadis mengenai hal ini. Hanya daripada pendapat imam Syafie sahaja berdasarkan kaedah berhati-hati agar tidak merosakkan solat. (tapi ada juga yang kata tak jumpa dalam kitab Syafie pun hal ini. waalhua'lam).
Ada satu hadis yang menarik mengenai hal ini.
Jadi, nasihatku pada orang di Malaysia, yang pergi ke masjid yang imamnya baca hingga satu juz, bawalah bersama Quran kecil tu. Dah banyak jual di Malaysia dalam pelbagai warna. Ikut sama imam membacanya supaya kita tak mengantuk ketika solat terawih. Supaya kita lebih merasai nikmat berterawih itu. Jika berterawih dan tidur...errrr...dapatkah kenikmatan terawih tu? ke dapat nikmat tidur? heeeee... ;)
Selamat berbuka/bersahur!

“ Sesungguhnya baginda rasulullah salallahualaihiwasalam sedang bersolat di rumah dan pintu rumah terkunci dari dalam maka aku ketika itu baru pulang dan cuba membukanya maka baginda pun berjalan dan membuka pintu untuk aku, kemudian kembali kepada tempat solat baginda dan sesungguhnya pintu itu mengadap kiblat” (Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi no.598 dan Abu Daud no. 910 ).Teringat ketika Ramadhan di Mesir 3 tahun lepas. Majoriti datang membawa Al quran. Ada yang duduk dan letak Quran di atas stand. Ada yang memegang sambil berdiri. Ketika tu, memang belum memiliki quran kecil lagi. Balik Malaysia selepas itu terus sahaja aku beli.
Jadi, nasihatku pada orang di Malaysia, yang pergi ke masjid yang imamnya baca hingga satu juz, bawalah bersama Quran kecil tu. Dah banyak jual di Malaysia dalam pelbagai warna. Ikut sama imam membacanya supaya kita tak mengantuk ketika solat terawih. Supaya kita lebih merasai nikmat berterawih itu. Jika berterawih dan tidur...errrr...dapatkah kenikmatan terawih tu? ke dapat nikmat tidur? heeeee... ;)
Selamat berbuka/bersahur!
Comments
Mun'iatul Musholli misalnya.
Boleh bagitau org yg kata tak jumpa tu. Sebab sendiri pun takde kitab2 nak buat rujukan sgt.
untung mimi di sana. cukup 30 hari dapat khatam bersama imam.
cik saffa,
u nanti leh balik egypt semula..takyah nak rindu sgt...ehehehe
cd,
yang penting kita dapat menjalankan solat terawih sampai ke hujung ramdhan. kena istiqamah ..
eh, pasal pendapat Imam Shafi'e tuh, ada tak dalam Al-'Umm? Al-'Umm senang sket nak carik, kalau kitab2 beliau yang lain tatau nak beli kat mana. heheheheh...
boleh eks, sy br tau bila baca kat sini..sbb sy ingat xblh...
akak selmt berpuasa di sana...skrg musim pns eks, puasa pnjg sket kan, tapi xpe..kalau betul niat puasa, pasti tak terasa kepnjgnnya kan..