Tiba-tiba terdengar semula lagu ni ketika nak mendengar kuliah online. Terus menggamit kenangan, err....12 tahun dulu. Baru teringat, di sini sebenarnya bermula tarikan kepada pentarbiyah diri. Perkampungan Menara Gading anjuran PKPIM yaang sangat best. Tahun seterusnya ketika di matrikulasi sekali lagi turut serta dalam program ini bukan sebagai peserta, tetapi sebagai co-facilitator. Bila masuk tahun satu di universiti terus hancus..tarbiyah mana..usrah pun mana..Isk!. Semoga Allah ampunkan kesalahan yang lalu.
Sedikit nota dari kuliah online:
Bagaimana nak meningkatkan taqwa? (dari Said Hawa) :
1.Membaca, mentadaburi al quran
2.Bermujahadah menghadapi kesusahan (4 rukun mujahadah)
- uzlah: bukan menjauhi org. tapi uzlah jiwa....berada dalam masyarakat tetapi hati tidak sama dalam maksiat.
- memperbanyakkan berdiam diri daripada berkata2 perkara yang sia-sia.
- banyakkan berlapar iaitu kurangkan makan atau berpuasa
- Kurangkan tidur, banyak berjaga.
3.Berpuasa
4.Meningkatkan pengetahuan untuk mengenal Allah (makrifatullah)
Wallahua'lam
Salam ramadhan.
Comments
masa tu kita tak payah nak fikir banyak masalahkan..tu tenang je
alhamdulillah..sekarang pun rasa mcm kembali ke zaman tu.Yang bezanya, sekarang lebih bnyk tanggungjawab.But i believe kalau kita terus kejar cinta Allah, InsyaAllah Allah berikan ketenangan tu.
Jom sama2 kejar cinta Allah :)