Kerana cinta Dia lebih hebat!




Bismillah,

Tika aku menulis di sini, aku membayangkan aku berkata-kata dengan tuan punya diri. Rasa ingin memeluknya dan memberi tahu. Cinta Allah itu lebih hebat. Jangan tangisi dengan hilangnya cinta manusia.

Aku sudah melalui fasa kehilangan cinta manusia yang sering di anggap suatu hari nanti dia mungkin akan bersama mewarnai hidup kita bersama-sama. Tapi, itu adalah anggapan dan harapan palsu yang syaitan taburkan pada jalan nafsu kita. Hakikatnya, ketentuan jodoh itu sudah Allah tentukan.

Banyak cerita yang aku sudah dengar. Bercinta 10 tahun tapi tak juga menjadi akhirnya bertemu jodoh hanya setelah berkenalan hanya sebulan. 10 tahun itu bukan masa yang pendek. Penat melayan perasaan. Banyak masa terbuang, apatah lagi dengan wang ringgit. Itu adalah sesuatu yang sia-sia bukan?

Jangan kata aku tidak memahami dirimu. Kerana aku pernah berada di tempatmu. Kerana itu, dengan ikhlas hati aku katakan, tidak perlu engkau rasa bersedih dan tertekan kerana keyakinan pada Allah itu perlu lebih dari segalanya.

Tidakkah kita malu, bersyahadah kepada Allah setiap waktu solat, tapi masih tidak mampu menerima qada dan qadarnya. Sudah ditentukan bila masa kelahiran, rezeki, jodoh dan maut sebelum kita hadir di dunia ini.

Teringat aku pada rakaman kuliah mengenai jodoh yang kudengar dua minggu lalu. Ustazah menekankan bahawa, jodoh itu sudah di tentukan.Tidak perlu sibuk-sibuk mencari boyfriend sebelum berkahwin. Bila tiba waktunya, akan hadir juga pasangan kita dalam bagaimana cara pun. Ya, Bila Allah kata Kun fayakun..akan hadir juga jodoh kita bila tiba masanya. Dan Allah tahu bila waktunya tiba, ian itu adalah waktu yang terbaik untuk kita. Maka, pengharapan hendaklah kita panjatkan kepada Allah.

Teringat juga aku kepada satu soalan yang diutarakan kepada ustazah Maznah ketika program di Birm tahun lalu. Soalannya adakah doa untuk dipermudahkan/dipercepatkan jodoh. Ustazah balas, bukan itu yang patut kita fikirkan, tetapi fikirkan adakah kita sudah bersedia menjadi isteri. Sudah cukup solehah kah kita untuk menggalas tanggungjawab yang berat itu?

Entah, mungkin aku tidak pandai menasihat. Tetapi, jika kau bersedih, tertekan..adakah itu akan mengubah ketentuan Allah? Adakah Allah akan simpati kepadamu lantas memberikan jodohmu segera. Memang ini soalan sinis, tapi aku hanya mahu kau berfikiran rasional. Tidak perlu membandingkan dirimu dengan rakan sebaya mahupun adikmu sendiri. Setiap kita, jodohnya sudah ditentukan. Sebelum tiba waktunya, lebih baik kau berusaha mengejar cinta Ilahi. Cinta yang memberi ketenangan dalam diri. Nyahkan kata-kata manusia yang menekanmu dengan pertanyaan bilakah kau mahu menikah. Kerana bukan mereka yang menentukannya. Kerana kau yakin bahawa Allah sudah meletakkan ketatapan waktunya.

Terus, kau berilah hatimu padaNya, kerana balasan cintaNya akan kau nikmati lebih dari nikmat-nikmat lain yang pernah kau rasai. Cinta Allah itu hebat! Tidak mengundang tekanan, kesedihan, atau apa sahaja yang tidak best! Percayalah!

Kerana Allah itu baik. Maka hanya yang baik-baik sahaja dia mahukan untuk hambaNya...Semoga engkau melihat sinar disebalik kedukaan ini. Kejarlah cinta yang hakiki.



Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum....minta izin boleh saya copy artikel ini...????
Anonymous said…
Salam.

Saya setuju dengan Ustazah akak tu, jangan difikir kan sangat tentang jodoh yang lambat atau cepat, sebab maybe Allah tahu kita masih belum boleh pikul tanggungjawab @ betul2 bersedia ke arah itu. Saya ada beberapa teman rapat yang apabila telah rasa bersedia untuk pikul tanggungjawab, jodoh mereka datang segera tak disangka-sangka dan di permudahkan segala urusan mereka.
Yang sudah bercinta bertahun-tahun pula masih belum berkahwin.

Saya nak tanya,macam mana kalu seseorang tu belum bersedia untuk berumah tangga, tetapi ada orang datang merisik?

Saya nak mintak izin untuk sebarkan post ni pada teman2 boleh?dan boleh tak kalu saya nak share kan blog akak ni dgn kawan2 sebab banyak sangat ilmu saya dapat dr sini???Terima kasih..

Masih mencari-cari Cinta Allah.-nur-
Mimiamilia said…
Salam Nur,

Apa yang ditulis ini memang unuk dikongsi bersama. Boleh jer share..lepas ni kalau rasa ada entri yg boleh dishare boleh jer amik without my permission..

Untuk soalan awak tu, istikharah adalah jalannya. Biar kita letak keputusan itu setelah diguide oleh Allah.

Dan ingat satu hadis nabi yang jika datang lelaki yang baik agamanya meminang, jgnlah ditolak kerana takut dtgnya fitnah. Kadang-kadang, kita belum rasa bersedia kerana kita sendiri tak menyediakan diri kita.

Persediaan diri ini bukan bila rasa nak kahwin dan ada calon. Bersedia dari awal lagi.Kalau tgh belajar pun bersedia dari sekarang.
Zuraini said…
Salam Mimi...

akak suka ngan tajuk ni...

sering kali ditanya, anak berapa org? bila dijawab masih single, yg bertanya meminta maaf? Kenapa perlu minta maaf? Takut tersinggung... Tak terasa apa pun. Pada yang faham akan ketentuan Allah, kita pasti redha dengan apa yang kita ada. Bukan semua org mampu menempuhi alam berumahtangga. Dan kata2 andai telah sampai jodoh kita, hari ni jumpa esok pun boleh nikah sering tersemat di hati, kerana itu ketentuan dari NYA.

Letakkanlah cinta kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. itu mengatasi cinta kita sesama manusia.
Mimiamilia said…
salam :)

saya pun selalu gak org tanya suami mana. hihihi.api tak kecil hati pun. InsyaAllah..semoga kita dijodohkan dgn jodoh yg terbaik utk kita.Yang penting yg soleh.. :)
areT said…
betul apa yang mimi tulis ni..kaktie pon dah mengalami bercinta2 bertahun2..tp berkawin dgn org hanya sebulan je kaktie kenal..mmg perancangan Allah adalah yg terbaik.
fhm sgt kak mimi...yer tak terasa malu ke diri ini mengejar2 cinta makhluk tapi cinta pada Ilahi diabaikan..namun setelah cinta makhluk dikecewakan baru tersedar dgn cinta ilahi yg suci dan kekal ini..
namun Allah itu Maha Pengampun Maha Pengasihi...masih menerima hamba2nya walau beberapa kali jatuh dari Nya...
moga diri ini dan kawan sentiasa mengejar cinta Ilahi,no worries..
contohilah Rabiatul Adawiyah...