Al Hawa

Bismillah,

Tinggal beberapa hari untuk melangkah ke bulan yang dinanti-nanti. Seolah-olah menanti kedatangan yang disayangi. Semoga Allah panjangkan umur supaya berpeluang menghirup udara Ramadhan nanti.

Semakin hampir Ramadhan, semakin kuat di uji. Terkadang hati tertanya-tanya, adakah syaitan sedang berusaha dengan berlipat ganda di hujung-hujung waktu sebelum terikatnya mereka sepanjang bulan ini. Betapa payah melawan nafsu yang sentiasa cuba diperindah oleh syaitan.Al Hawa sentiasa bertarung dengan iman dalam hati.  

Terkadang diri sangat lemah. Rasa sesak nafas untuk terus bermujahadah. Iman dan Al-Hawa terus berperang.
"Jauhkanlah dirimu dari sebarang al-hawa yang tidak bernama Islam" Amaran Maimun bin Mahran Rahimullah.
Dan peringatan dariNya,
"Maka barangsiapa yang melampaui batas, dan mengutamakan hidup di dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat duduknya.Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya, dan menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, Maka sesungguhnya syurgalah tempat duduknya" (An Naziat 37-41)
Dan terus diingatkan hamba yang lemah ini,
 "Kalau sekiranya al-haq mengikut al hawa nereka, nescaya binasalah langit dan bumi dan apa-apa yang ada di dalam keduanya" (Al-Mukminun 23:71)
Namun, ada ketika diri hampir tewas.Ketika tangan mencapai telefon, jari mula hendak mendail, datang peringatan dalam hati. Allah itu Maha Melihat! Berzikir itu bukan hanya mengucapkan, tetapi berzikir itu mengingati Allah ketika kesalahan hendak dilakukan...

Tiada jalan tengah, sama ada syariat Allah ataupun hawa-hawa orang yang jahil (Syed Qutb, Fi zilal Quran).

Mana satu yang jalan yang kau pilih?

Syaitan itu tahu titik lemahku. Sedaya upaya dia cuba mematahkan semangat ini. Dan aku akan terus bermujahadah....

Ya Allah, kepada kau sajalah aku memohon pertolongan. Semoga kau pelihara hati ini dari maksiat. Semoga kau terus berikan kebaikan kepada diri yang lemah ini...bantuku Ya Allah. Amin Ya Rabb..

Yang mengharap pertolongan Allah,
Mimiamilia

Comments

JHaZKiTaRo said…
salam.. blog hopping.. singgah2 la blog hamba kalau nak baca pengalaman hamba mengembara di 45 BUAH NEGARA.. :)