Bismillah..
Seawal 3.30 pagi aku terjaga. Malam tadi aku tidak tidur lena. Mengenangkan aku dan Za perlu turun ke lobi seawal 4 pagi menanti 'shuttle bus' ke Gatwick airport. Travelodge di Gatwick ini sangat selesa dan besar! Muat untuk 4 orang satu bilik. £29 pound semalam yang kami bayar sangat berbaloi.
Pukul 4 pagi di lobi, sudah ramai yang menanti. Mereka adalah penumpang-penumpang pesawat yang akan berlepas awal pagi dari Lapangan terbang Gatwick dan kami adalah salah satu daripada mereka. Bas kami naik membawa kami ke terminal selatan. Beg kami check in. Tiada masalah yang muncul.Semua berjalan lancar. Jam 6.30 pagi, penerbangan Easy Jet ke Istanbul berlepas.
3 jam penerbangan yang membosankan. 1 jam pertama aku meng'qada' tidur yang tidak lena malam tadi. Harap-harap dapat lena sehingga kapal terbang mendarat. Tapi mata tak mahu lena..aduhai. Kebosanan dalam 2 jam berbaki itu. Sekali sekala menyelak tafsir Quran biruku. Sekali sekala melihat ke luar tingkap.Bosan-bosan.
Jam 12.30 waktu tempatan, kapal terbang kami mendarat. Tiada masalah di kaunter imigresen. Rakyat Malaysia ke Turki tidak perlu visa. Tidak sesukar hendak masuk ke UK yang kita bakal di soal dengan 1001 soalan. Jawab tak kena sahaja, padah la diri.
Di pintu 'arrival' Fatma dan bapanya sudah menanti. Fatma...wajah yang dirindui. Kami berpelukan. Bapa Fatma kulihat muda lagi, begitu juga dengan ibu Fatma. Zaynab, adik fatma yang comel berusia 17 tahun turut bersama. Kami dibawa ke kota istanbul dengan Honda CRV, kereta idaman mama (hehe).Berhimpit 4 orang dibelakang.
Di Istanbul, kami disambut oleh Seyma kawan kepada Fatma yang sempat aku beramah mesra sehari ketika dia di Glasgow. Seyma ini orangnya alim. Englishnya superb! mudah untuk kami berkomunikasi. Seyma bawa kami makan ikan bakar di tepi laut.
"Ada banyak kedai yang sedap-sedap di sini. Malangnya mereka menjual arak. Jadi, kita akan pergi ke kedai yang paling hujung di sana.Restoran itu tidak arak di jual" Seyma menerangkan kepada kami.
Itulah hakikatnya di Turki. Islam hanya pada nama. Di mana-mana pun arak dijual secara terbuka.
Pengembaraan Kota Istanbul dimulakan dengan melawat masjid-masjid di sekitar Istanbul. Ayasofya dan Masjid biru adalah dua tarikan utama di sini. Ayasofya dahulunya sebuah gereja, kemudian ditukar menjadi masjid dan kini menjadi muzium. Alangkah baiknya jika ia kekal sebagai masjid. *sigh*. Masjid biru yang tak biru itu pun kelihatan sangat cantik. Di Grand Bazaar,mata tidak berkelip melihat barangan yang dijual. Bukan niat di hati hendak membeli belah. Tapi, barang-barang yang disusun sangat cantik...
Sepanjang berjalan-jalan di Istanbul, 7 orang berhimpit dalam CRV kecil tu. 3 hadapan 4 belakang. Bayangkan! Tapi, ketidakselesaan berhimpit itu tak dirasai. Masing-masing sangat ceria.
Seharian bersama keluarga Fatma, berkomunikasi adalah sesuatu yang sangat mencabar. Bapa Fatma hanya faham English sedikit sahaja. Ibunya langsung tak faham. Kami hanya guna sign languange untuk berkomunikasi. Aku hingga sampai tahap bercakap Bahasa Melayu dengan ibu Fatma yang ku panggil 'Anei' itu. Anei maksudnya ibuku.
Malamnya, kami makan di Taksim. Taksim seperti high street di Glasgow. Tiada yang menarik di sini kecuali kedai-kedai yang ada ditulis 'Indirim' atau maksudnya Diskaun. Sepanjang jalan di taksim itu, aku boleh membilang dengan jari berapakah orang yang memakai tudung. Lagak muda-mudinya di situ tak tumpah seperti di Glasgow. Boleh sesuka hati kiss depan orang ramai. Aduh! mungkin mereka bukan Islam. Aku cuba bersangka baik.
Comments
Ikan apa tu Mimi? dia bakar dh buang tulang eh?
yes i did.Tak masuk lagi cerita turkish delight and hammam...baru 1st day punya cerita :)