Free Palestine!


Semua sudah maklum akan berita serangan tentera Zionis ke atas kapal Mavi Marmara yang mengorbankan 20 orang dan ramai lagi yang cedera. Ramai sudah melihat mahupun membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Israel yang membela tindakan yang mereka lakukan atas alasan komando mereka dipukul malah diserang menggunakan pisau oleh para aktivis yang berada di atas kapal. 

Ramai yang memang sedia maklum yang Israel ni Raja propaganda! Mereka boleh buat apa sahaja kenyataan untuk memutarbelitkan keadaan. Masakan para aktivis ni nak menyerang komando-komando Israel yang dilengkapi senjata canggih. Kalau melihat video footage pun tak nampak mereka diserang kecualilah video yang di keluarkan oleh Israel untuk menyokong alasan mereka.

Walau apapun alasan yang Israel utarakan, mereka tetap bersalah kerana menyerang di perairan anatarabangsa. Seawal pukul 6 pagi aku bangun dan terus disajikan berita-berita yang tidak menggembirakan ini di internet. Mengikut live update ni Press TV, mendengar pandangan dari pelbagai pihak. Pukul 5 petang pula ada satu demonstrasi membantah seranagn Israel ini di Glasgow. Buat pertama kalinya aku menyertai demonstrasi ini. 

Bukan seperti di Malaysia, demonstrasi di sini lebih aman dan pihak polis hanya mengawal dari jauh tanpa sibuk-sibuk menyuraikan orang ramai yang ada. Asalkan jangan bergaduh, jangan ganggu lalulintas, cakaplah nak cakap apa. Hampir separuh dari George Square itu dipenuhi manusia melaungkan Free Palestine! Ceramah-ceramah (ke ucapan?) pendek yang diberikan oleh wakil-wakil yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan dan malahan ahli parlimen scotland sendiri. Semuanya mendesak keadilan untuk warga Palestine dan Israel patut di heret kemuka pengadilan atas tindakan yang dilakukan. Disamping itu ada yang mengesyorkan untuk terus memboikot barangan Israel dan mendesak kerajaan supaya melakukan sesuatu yang berupa  'tindakan' dan bukan sekadar cakap2  sahaja. Demontrasi ini akan diteruskan  pada hari Sabtu yang merupakan demonstrasi peringkat nasional. Tapi rasanya tak dapat la nak join sebab dah ada program lain..

Akhir kalam, kita kena refleks balik apa yang berlaku ini ke atas diri kita. Apakah yang kita boleh lakukan? Huu..Terasa sangat helpless. Apa yang mampu adalah berdoa. Selain itu, kita kena sedar bahawa kuasa Israel ini sangat bermaharajalela kerana lemahnya orang Islam itu sendiri. Bak kata housemate, Israel sangat progresif dari semua sudut (kewangan,politik dll). Orang Islam juga patut lebih progresif. Patut dapat menyayingi Israel dalam apa jua bidang. Kita tak patut terleka dan berasa terlalu selesa.

Comments

betul tuh cik mimi..

salah sorang aktivis yang pegi tuh kenalan i dengan aisah, kira macam pangkat abang2 lah kepada kami...

dengar berita dia kene tangkap skarang... this is starting to be a personal war for me...

menci Israel! dorang boleh serang orang yang tak bersenjata.. BACUL!

May Allah CURSE them!
Mimiamilia said…
Justin,
apapun kena doa bnyk2 keselamatan semua yg ada atas kapal tu.Yahudi tu akan kalah.Islamm akan menang.itu sunatullahnya...
yeah.. i know..

but the road to victory for us is paved on the blood of the brave syuhadah... walaupun depa dijanjikan syurga, tapi sedih tetap sedih...

serang kapal tak bersenjata.. then dorang declare kapal tuh ada senjata, and what did they show us? a F**KING knife! God-damn it, dorang komando ziak, pakai kevlar some more.. don't tell me they shoot people just coz those people got a KNIFE... takkan vulnerable sangat komando Israel nih..?

sangat geram.. rasa macam nak tunjal2 je kepala komando2 tuh...
btw, apsal tutup muka dengan mende alah tuh?

comel la pulak.. har har har har.. ^_^
Mimiamilia said…
hihihi..
semua pun rasa geram n rasa nak tunjal2 kepala komando2 tu. What we can do is preparing generasi seperti Salahudin al ayubi or mohamad al fateh. so, we start with ourself.who knows we are the one yg akan berjuang merampas baitul maqdis tu balik.

btw, kalau tak tutup muka dah tak comel dah.. :P