Allah Maha Melihat. Allah maha mengetahui. Walaupun yang di dalam hati ini. Allah tahu bagaimana hati ini. Allah tahu...Allah tahu..
Tak tahu mana yang tidak kena dalam hati. Ada sesuatu yang mengganggu. Dan aku tahu syaitan menunggu-nunggu peluang. Meniti di atas nafsu hati yang memberontak tetapi masih di kawal dengan iman. Syaitan pasti akan bertepuk tangan jika keinginan nafsu dipenuhi. Ya Allah, hati ini engkau yang memegangnya. Jangan kau bolak balikkan hati ku ini Ya Allah.
Peperangan ini adalah peperangan yang paling sukar! Berperang dengan diri sendiri. Hanya berbekalkan keimanan di hati dan doa yang tak pernah dilupai. Tapi setebal manakah keimanan ini hingga mampu menangkisnya. Menang dalam perang ini ada wajib! Jika tidak akan jatuh tersungkur. Duduk bersama parti syaitan. Penuh kegelapan.
Wahai hati, tabahlah... Ya Allah, kurniakan ketenteraman hati ini...
Comments
Pujuklah hati agar sentiasa ingat pada penciptanya & tenang dalam apa jua keadaan. teruskan istiqamah dalam 'peperangan' melawan hawa nafsu & godaan syaitan yang sentiasa mengelilingi kita. Semakin kuat ilmu & ibadah kita, semakin kuat jugalah godaan & dugaan yang akan datang. Kena sentiasa bersedia menghadapinya agar tidak tergelincir & menari mengikut rentaknya.
penitng fokus dng perjuangan hg skrg. pilih yg terbaik ye...
thanks sarah and mrcd.
Hati berjaya dipujuk.Allah telah dirujuk.
kembali tenang... hanya meletakkan segalanya ditangan Allah. Yakin bahwa Allah akan berada di setiap keputusan yang dibuat.
SYaitan..shuuuhhhh pergi jauh2. Aku tak mahu menjadi kawanmu. terima kasih sahaja atas tawaran nafsu yg diberikan.Allah tetap dihatiku.Yang sentiasa memerhatikan diri.Aku lebih mencintaiNya.
Ya Allah, semoga diri ini thabat di atas agamamu. Peliharalah hatiku...
take care mi..
u too take care gak
:)
:P
@naimisa