Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar hambaNya. Ketika aku ingin sekali pergi ke kuliah agama di Boyd Orr building tetapi harus memilih : ke kelas Arabic atau pun ke kuliah agama? Allah permudahkan keputusanku. Aku memilih untuk hadir ke kelas Arabic dengan harapan ada kawan-kawan yang akan membuat 'recording' kuliah agama tersebut. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui bahawa hambanya ini nak sangat pergi kuliah agama dan ditakdirkannya Kelas Arabic petang itu dibatalkan. Walaupun penat berjalan ke kelas tapi rasa gembira di hati kerana masih ada peluang ke kuliah agama. Maka aku kongsikan sedikit tazkiyatun nafs dari Dr Gavin yang merupakan pensyarah di Edinburgh University. (Sila baca profile Dr Gavin).
Aku sangat tertarik bila Dr menjelaskan bahawa IKHLAS adalah asas kepada 'spiritual life'. Keikhlasan dapat memusatkan seluruh kehidupan kita hanya kepada Allah. Keikhlasan membawa kita kepada Allah. Keikhlasan kepada Allah dalam setiap apa yang dilakukan. Walaubagaimanapun, bukan mudah untuk mencapai keikhlasan ini.
Kadang-kadang kita secara tidak sedar melakukan sesuatu perkara atas sebab sesuatu yang lain dan bukan kerana Allah. Semasa di Mekah, persoalan kenapa aku buat PhD sering bermain-main di benak fikiran. (ketika itu aku merasakan nak duduk di tanah haram dan beribadah sahaja) Hinggalah Allah memberi petunjuk dan jawapannya apabila aku bacakan doa Kak Fidah. Ketika itu aku menangis membacakan bait-bait doa yang memohon agar perjalanan PhD ini menjadi satu jalan ibadah dan dapat mendekatkan diri kepadaNya. PhD ini bukan dicapai hanya untuk memastikan aku pulang ke Malaysia dengan title Dr dan melayakkan diri menjadi pensyarah di Universiti. PhD ini bukan jalan untuk mendapatkan penghormatan dari orang lain. Tetapi PhD ini jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Ya Allah permudahkanlah jalannya!
Manusia ini terbahagi kepada dua: jasad (body) dan juga ruh/jiwa(soul). Aku selalu mengingatkan adik-adik usrahku mengenai hal ini. Bagaimana hendak menjaga jasad adalah tidak sama dengan bagaimana menjaga ruh kita kerana asal kejadian keduanya tidak sama. Jasad dari tanah, Ruh dari langit. Hendak merawat hati yang duka bukan dengan makan aiskrim atau pergi shopping.Kerana Ruh itu datangnya dari langit, maka segala apa yang dilakukan ke atas nya haruslah bersumberkan langit juga (Al quran, solat, zikir etc..).
Ok, back to the soul.(Should i say ruh or jiwa..ermm jiwa sound better). Allah telah menjadikan kita bertanggungjawab ke atas diri sendiri dengan mengilhamkan kita dua jalan : Jalan kejahatan(fujur) dan jalan ketaqwaan.
Maka, pilihan di tangan anda! Aku mahu mengajak supaya jadilah orang yang berjaya dengan selalu menyucikan jiwanya."Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaan.[8] sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwanya[9] dan sungguh rugi orang yang mengotorinya [10]" (Surah As Syam)
Jiwa ini ada 3 tingkatan seperti yang dijelaskan di dalam Al Quran, iaitu :
1) Jiwa yang mendorong kepada kejahatan (Al nafs la ammaratun bi'l su')
"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."(Surah Yusuf, ayat 53)2) Jiwa yang sentiasa dalam penyesalan ( Al nafs al lawwamah)
"dan aku bersumpah demi jiwa yang selalu menyesali (dirinya sendiri)" (Surah Al-Qiyamah, ayat 2)3) Jiwa yang tenang (Al nafs al mutmainnah)
"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya."(Surah Al Fajr, ayat 27-28)Adalah hasrat setiap jiwa yang diciptakan Allah ini untuk mencapai jiwa yang tenang, yang redha terhadap apa yang ditentukanNya dan juga mendapat keredhaanNya.
Apabila jiwa sentiasa menyesali keburukan yang dilakukan, maka itu adalah jalan pertama ke arah mendekatkan diri kepada Allah. Setiap penyesalan harus disusuli dengan taubat dan berusaha untuk tidak kembali melakukan keburukan. Cuba kita muhasabah kembali, setiap kali menyesal adakah kita bertaubat? Adakah kita berusaha untuk tidak melakukan kembali keburukan itu.Kadang-kadang kita dah menyesal, kita dah bertaubat, tapi kita tetap mengulangi kesilapan yang sama? Kan? So, bagaimana nak elak perkara ini terjadi.
Apa yang aku nampak dan cuba lakukan sekarang adalah menjauhi terus perkara keburukan itu. We tend to do it again sebab kita sentiasa berada dalam lingkungan perkara yang buruk itu. Jika tidak mahu lakukan keburukan itu semula, maka keluar lah dari lingkungan itu. Masuklah dalam lingkungan kebaikan atau masuk dalam lingkungan manusia yang sentiasa akan memberi peringatan dan bersama-sama membaiki diri. Jika tidak mahu jadi pengumpat lagi, kurangkan bercakap hal yang tidak perlu, banyakkan berzikir dan jangan berada di lingkungan manusia yang suka bergosip.
Aku doakan semua jiwa akan menjadi jiwa yang tenang.....Mujahadah lah!!!
p/s: Sorry, entri ni mcm ada lompat sana lompat sini. ada banyak yang hendak di kongsi tapi tak tahu bagaimana nak menyusun kata....
p/s: Sorry, entri ni mcm ada lompat sana lompat sini. ada banyak yang hendak di kongsi tapi tak tahu bagaimana nak menyusun kata....
Comments
nice post.
amin...
what you should start to do now is..pi beli quran translation. Then i will try to guide you from there.And please..if you need somebody or maybe usrah kot..do email me your address okay.
InsyaAllah...Allah will help you.