Perihal masa

Masa itu emas. Masa itu ibarat pedang. Time is money.Dan banyak lagi.

Semuanya perihal masa. Perihal masa yang sangat-sangat berharga. Berlalunya masa tidak akan dapat diganti. Masa akan terus pergi dan meninggalkan kita. Masa tidak akan menunggu!

Terkadang kita merungut tidak mempunyai masa.Teringat Syeikh Hamzah Yusuf berkata ketika menyampaikan tafsir al Hujurat di dalam kelas tafsirnya,

"....Masa itu dicipta oleh Allah.Allah Maha meluaskan masa dan menyempitkan masa itu kepada seseorang "
Secara umumnya, masa akan tetap sama, 24 jam sehari, 60 minit sejam. Tetapi, keberkatan masa itu yang membuatkan seseorang merasai keluasan masa yang diberikan oleh Allah. Keberkatan masa itu yang menyebabkan seseorang itu dapat menyelesaikan banyak perkara dalam masa yang sebenarnya adalah singkat. Oleh itu, janganlah merungut mengenai ketidakcukupan masa kita. Kerana Allah yang memberikan kecukupan itu kepada kita.

Sebagai contoh, mungkin kita di rumah merasakan kepayahan menghabiskan satu juzuk Al Quran selama sehari. Namun, apabila kita berada di tanah suci Mekah, dalam masa sehari kita boleh menghabiskan lebih daripada satu juzuk Al Quran itu. Ataupun, ada hari-hari yang mana kita rasa masa cepat berlalu, tetapi kerja masih menimbun dan ada hari-hari yang kita rasa masa yang banyak untuk menyiapkan kerja-kerja yang perlu dilakukan. Semuanya bergantung kepada keberkatan masa itu.

Terkadang kita leka mengisi masa kita yang tidak langsung membawa kebaikan. Selalu-selalulah ingat surah Al 'Asr. 
Demi masa. Manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
Surah ini telah menggariskan satu peraturan hidup manusia yang penting dan menunjukkan fungsi manusia itu. Hanya ada satu jalan sahaja yang membawa keuntungan kepada manusia iaitu beriman dan beramal soleh serta saling menasihati orang lain kepada kebenaran dan juga kepada kesabaran.

Bukannya mengisi masa dengan bershoping walaupun tiada keperluan untuk membeli belah,menonton tv atau apa-apa rancangan yang sedikit pun tak membawa manfaat, atau melepak di kedai-kedai mamak berdiskusi perkara duniawi dan banyak lagi jika mahu disenaraikan perkara yang digemari oleh manusia yang meletakkan mereka dalan golongan yang rugi ini.

Rugi di sini adalah kerugian kita di akhirat nanti. Kita semua memang termaklum bahawa dunia ini jambatan akhirat. Tetapi ramai manusia yang membina jambatan yang bakal runtuh dan tidak menyambungkan langsung kepada akhirat di hujung sana.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara ( memang banyak kali dah beri nasihat ni.Nasihat memang perlu di ulang-ulang kan?)

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.


Ini ingatan kepada diri sendiri. Cuba menghitung amalan yang dilakukan. Cuba melihat masa yang digunakan. Cuba mengira wang yang dibelanjakan. Adakah diri dalam kerugian?

p/s: Hujung minggu ni agak relax, memberi refleks kepada diri sendiri mengenai penggunaan masa.

Comments

MRCD said…
Salam mimiamilia..
Sangat penting sekiranya kita dapat mengimbangi antara duniawi dan ukhrawi.Bila imbangan ini dapat dibuat maka masa yang ada akan sentiasa dihabiskan dengan perkara2 berfaedah untuk keperluan dunia dan akhirat kita.kegagalan mengurus masa berharga merupakan kerugian paling besar. Harta melimpah ruah tidak mampu membeli dan membalikkan walau sesaat pun masa yang telah berlalu.
Mimiamilia said…
salam mrcd,

memang betul, jika kita tidak disibukan dgn islam kita akan disibukkan dgn jahiliyah.

kita sibuk kejar dunia..sampai akhirat keciciran.Ada juga yg mngejar akhirat sehingga tak menyeimbangkan dgn keperluan dunia.

semoga kita dpt sama2 seimbangkan dunia dan akhirat kita, insyaAllah