Ikan di air masin, iman di pinggiran

Bismillah..

Dalam keadaan dunia yang penuh dengan cabaran, maka iman kita juga sentiasa dicabar. Cabaran hedonisme, cabaran globalisasi dunia tanpa sepadan dan banyak lagi. Sekuat manakah iman kita untuk menghadapi cabaran-cabaran ini. Ataupun, iman kita hanya iman di pinggiran seperti yang dinyatakan dalam firman allah :


Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.[Al Haj, ayat 11]
Mereka yang imannya di pinggiran adalah mereka yang tidak tetap pendiriannya. Hanya menyembah Allah bila beroleh kebaikan dan sebalik bila ditimpa kesusahan.Ataupun hanya mengikut apa yang disyariatkan oleh Allah mengikut apa yang mereka rasa baik sahaja, dan jika tidak memenuhi seperti apa yang mereka kehendaki maka mereka akan menolaknya.

Kita, sepatutnya menjadi seperti ikan di air masin. Di dalam badan ikan yang berada di air masin, sebenarnya mempunyai air tawar.Disebabkan kepekatan air tawar dan air masin ini berbeza maka berlaku proses osmosis yang mana menyebabkan air dalam badan ikan sentiasa keluar. Disebabkan air sentiasa keluar, ikan akan berada dalam tahap bahaya jika air yang keluar itu tidak digantikan semula.Ikan akan kehilangan air dalam badan.Untuk mengelakkan kehilangan air, maka ikan sentiasa minum air laut. Tetapi air di lautan masin, oleh itu Allah cipta  pada insang ikan satu sel yang dinamakan 'cloride' cell yang mampu menapis garam yang masuk ke dalam badan ikan menyebabkan walaupun ikan minum air masin tetapi air di dalam badannya tetap tawar.Subahanallah! Betapa Allah itu Maha Bijaksana dalam menyempurnakan penciptaannya.

Apakah signifikan ikan itu kepada kita. Kita sepatutnya menjadi seperti ikan, yang walaupun berada dalam gelombang yang penuh jahiliyah di zaman ini, segala anasir yang masuk ke dalan hati kita patut di tapis. Air masin di lautan itu umpama cabaran-cabaran dunia masa kini buat kita dan ikan itu adalah kita. Biar pekatnya pun kemasinan air di luar itu, tapi air di dalamnya masih tetap tawar. Biar kuat manapun cabaran dunia ini, namun iman di hati tetap terpelihara.

Jangan kita menjadi seperti iguana.Yang berubah mengikut keadaan sekeliling. Sehingga tidak dapat kita bezakan iguana dengan alam sekelilingnya. Begitu juga kita, jangan sehingga kita terlarut masuk ke dalam dunia sehingga kita tak dapat dibezakan dengan mereka yang bukan bergelar MUSLIM.Jika diikut, itulah yang berlaku ketika ini. Muslim dan bukan Muslim sudah hampir sama sifatnya, perwatakannya, cara hidupnya.

Jangan letakkan iman kita sekadar di pinggiran. Mahu jadi seperti ikan atau mahu jadi seperti iguana? Pilihan di tangan anda....Tepuk dada tanyalah iman.

Comments

ellyWong said…
nak jadi ikan!!!!
Orang Jahat said…
dan jadilah kita seperti air mutlak...

suci lagi menyucikan... :D
Mimiamilia said…
amy, nak jadi nemo?sesuai sangat untuk amy sebab comel...ehehehe

Justin,
aah..penyucian diri tu sangat penting..:)
Orang Jahat said…
guru i pesan dulu kat kami..

"nak suci macam mana, istinjak pon tatau" ....
Mimiamilia said…
sebab tu,dalam Islam..ilmu tu penting.Dan ilmu tu sumbernya hanya dari quran dan sunnah.

tapi org islam sekarang malas nak mencari ilmu ni.Nak tunggu org datang bgtau baru nak belajar.Nak taknak, org yang tahu kena la bagitau org yang tatau.Takut2 di akhirat nanti ditanya atau disalahkan. (refer An nisa 165)
nhan_2 said…
SubhanAllah..sy nak jadi ikan..akak, tlg la igtkn sy ble sy da cam trsway ckit eh..ikan vs iguana..credit to yana..kim salam deran eh kak..jzkk..
Mimiamilia said…
salam huda,
awak kena kuatkan hati.selalu2 la dgn sister yang lain.Sentiasa berazam untuk menjadi qudwah yang baik.So, secara tak langsung akan mengingatkan kita untuk memperbaiki diri.

Yang penting jaga hubungan dengan Allah.Doa banyak2 jgn dibalikkan hati kita setelah dia memberi petunjuk.

InsyaAllah..

p/s: Sana helwa!!! :)
Orang Jahat said…
yeah, ilmu itu penting.. tapi somehow mereka-mereka yang tahu itu semestinya hendaklah cuba mencari jalan supaya mereka yang tidak tahu itu bertukar kepada ingin tahu, kan?

berdakwah itu ada banyak jalannya.. jalan mana yang kita kene lalu supaya orang sekeliling tertarik dengan dakwah yang kita nak bawak?

kalau setakat ceramah kat masjid @ surau, yang datang tuh hanya oran-orang yang tahu je, betul tak? tengok kat Malaysia, rata-rata orang yang duduk kat masjid dengar ceramah adalah mereka yang dah tua, dah nak abeh usia dia.. yang muda-muda takde... sapa yang nak tolong selamatkan anak-anak muda macam i nih? T_T

i teringat guru i pesan lagi..

"kalau nak tarik orang yang terbakar dalam neraka itu keluar daripada neraka, kita sendiri kene hulur tangan tarik mereka keluar.. tapi kalau di hulurnya tangan, maka tangan kita akan terbakar..."

in other words, yang i faham, kalau kita nak ajak orang ke arah jalan yang benar, kita sendiri akan terkena tempias "kesalahan2" yang mereka buat...

orang-orang tua nih kalau bercakap, banyak kiasannya.. -_-;;

so, bagi kamu2 yang ada ilmu, macam mana kamu nak approach orang-orang yang jahil dan bodoh macam saya? a point to ponder for those who wanted to go on a mainstream dakwah...

semoga Allah beri kita semua petunjuk, insyaAllah...

Allah knows best...
MRCD said…
Semuanya bermula dari hati...Dari hatilah terdetik segala niat dan kemahuan...Hati adalah tempat pandangan dan nilaian Allah terhadap hambanya...
Al-Imam al-Ghazali pernah berkata bahawa hati adalah seperti raja, sedangkan anggota lain sebagai tenteranya....
Semua anggota-anggota ini akan taat dan patuh terhadap perintah rajanya ini...
Jadi ini boleh kita kaitkan dan sesuaikan dengan hadith nabi S.A.W yang bermaksud :
“Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota.Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati.” Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim..
Kesimpulan saya, Jika hati kita suci, kemana tercampak pasti tetap teguh pada Tuhan yang satu.
ellyWong said…
mimi if i may, amy pun nak bagi my two cents...

yup, I think so too. first mmg kena pasang niat. insyaAllah then Allah will ease and open the way for us in finding the truth. and as mimi has put it, mmg betul, then kena lah berusaha cari ilmu. knowledge is the power. dari ilmu yang betul, many will fall in love with islam and terus ketagih to know more about islam. i've heard in several cases where the converters said that if it's not because of the true teaching they got from learning the Quran and hadith, i.e. by looking at the current state of people who are muslims, they would think many times before nak masuk islam. So that is a warning sign to us yg dah mmg muslim to behave according to the true teaching of Islam. and in addition to that, I would say that we have to be prepared to change. or should i say sacrifice. opening ourselves and accepting the changes required to become a better person.

i too wanted to become a perfect muslim although i know it is still a long way to go for me. so sama2lah kite try our best to become the best of muslim. and of course not to forget that Allah is the Merciful and He loves best those who repent.

"Except those who repent, have faith and do good deeds, for such people Allah will change their sins for good deeds. Certainly Allah is most forgiving and merciful." (Qur'an 25:70)
Mimiamilia said…
salam Justin,

Im agree with you.Mengajak org kepada kebaikan bukan setakat di masjid. Yang perlu disedarkan adalah pemuda2 harapan bangsa tu. :)

Dakwah juga bukan dakwah semborono.Bukan sesuka hati. Di Malaysia sebenarnya ramai jer pendakwah yang bukan setakat duduk bagi ceramah kat masjid. Maybe orang-orang tu tak sampai lagi pada u. Orang2 tabligh pun bagus juga.Sentiasa berusaha berdakwah pada orang walaupun orang pandang diorang sebelah mata je.

I maybe tak cukup lagi ilmu berdakwah.Masih belajar.Yang penting ada keinginan untuk menyampaikan. Kan rasulullah kata, sampaikanlah walau satu ayat. Kadang2 kita rasa kita tak cukup ilmu. Tapi bukankah ilmu yang sedikit tu pun kita patut sampaikan.

I nak menyeru orang2 yang macam you ni..yang dah tau serba sedikit untuk berkongsi dengan orang lain. Dan kalau boleh bukan setakat berkongsi di alam maya melalui blog sahaja.Sebab nak berdakwah pun kena ikut sunnah rasulullah kan? Macam mana jalan rasul berdakwah, begitulah cara yang kita patut buat.Bukan setakat dakwah dengan perbuatan.

Bukankah mencegah kemungkaran dgn hati itu selemah2 iman. Kalau boleh kita nak la up sket dr tu.Kalau boleh menyampaikan dgn lisan pun dah kira bagus. :)

p/s: best ilmu tuk guru you..sgt2 betul..
Mimiamilia said…
Mrcd,

Yes, as mention by you and amy..its all bermula dari hati.Penting tau bersihkan hati ni.Tapi orang sekarang duk biar jer hati tu kelabu dah terus menambah hitamkan hati.Hidayah depan mata tapi tak grab. :(

To Amy,
Sedih melihat keadaan umat Islam sekarang. Macam mana nak beramal jika kita tak tahu ilmu beramal?Iman tanpa amal tak membawa apa-apa.Amal tanpa amalan yang sahih pun tak boleh jugak.Semua pun kena cari ilmu tu dan belajar bagaimana nak beramal.

Last weekend, my ustaz here in UK said that tafsiran ilmu itu segala perkara yang bersumberkan Al quran. Perkara selain dari Al quran itu adalah hikmah. Sebab quran itu yang mengajar segala-galanya. Dari, aqidah hinggalah kepada perkara2 yang kita rasa kecil (meninggikan suara contohnya).Semua ilmu untuk manusia itu ada pada quran.

Allah utuskan Rasul pula supaya dapat menzahirkan ilmu-ilmu itu supaya menjadi ikutan.

and yes, sama2 kita try our best to become a perfect muslim. My advise is, dont stop buat kebaikan. Perbuatan yang baik akan menghapuskan keburukan. Lagi banyak u buat baik, lagi taerhapus keburukan yang u ada...InsyaAllah