Ia pasti datang...

Alhamdulillah, kita masih diberikan nikmat untuk terus menghirup udara di muka bumi ini. Alhamdulillah, kita masih diberikan nikmat iman dalam mengharungi kehidupan duniawi. Kehidupan yang aku kira semakin singkat. Apatah lagi, hari kita semakin lama semakin pendek. Kini, hari kita sudah berkurangan sebanyak 1.26 microsecond disebabkan gempa bumi di Chile minggu lalu. Gempa yang kuat ini menyebabkan perubahan kedudukan batu-batuan/plat dalam bumi yang menyebabkan perubahan 'mass distribution'(Erk..macam mana nak traslate.huhu) dan ini menyumbang kepada perubahan paksi bumi  lebih kurang tiga inci (8cm). Kalau dalam pelajaran sains atau fizik, kita ada belajar bagaimana halaju putaran itu dipengaruhi oleh dua faktor : jisim (mass) dan jarak paksi putaran. Disebabkan oleh perubahan jisim inilah yang menyebabkan halaju putaran berubah dan putaran bumi yang menentukan panjang hari di bumi.

Kemudian, terjadi pula gempa di Taiwan dan Turki. Adakah petanda bumi ini sudah hampir ke penghujung? Wallahua'lam. Ilmu Kiamat ini hanya Allah sahaja Maha Mengetahui. Bukan ditentukan oleh kalender Mayan, atau bukan di tulis dalam bible bila harinya. Itulah rahsia Allah. Jika rahsia ini diketahui manusia, sudah pasti manusia akan semakin ingkar. Hanya akan menunggu hingga hampir masa kiamat itu untuk bertaubat.

 
Kepada (ilmu pengetahuan) Allah jualah kembalinya soal mengetahui masa datangnya hari kiamat dan (demikianlah tiap-tiap apa yang akan berlaku, kerana) sebiji buah (umpamanya) tidak akan keluar dari kelopaknya dan seorang ibu tidak akan mengandung dan tidak akan melahirkan anak, melainkan (pada masa dan keadaan yang betul tepat) dengan pengetahuan Allah dan pada hari Tuhan menyeru mereka (yang musyrik, dengan bertanya kepada mereka): Mana dia makhluk-makhluk yang kamu sifatkan menjadi sekutu-sekutuKu? Mereka menjawab: Kami mengakui kepadaMu (wahai Tuhan kami), bahawa tidak ada di antara kami seorang pun yang mahu menjadi saksi (kerana anggapan kami dahulu telah nyata salahnya)! (A- Fussilat : 47)
Semakin kita berada di akhir zaman, semakin berleluasa maksiat yang berlaku. Ramai yang mengakui beriman atau mempercayai hari kita dibangkitkan.Tetapi, adakah mereka betul-betul mengimaninya?  Begitu juga dengan Al Kitab. Kebanyakan Orang Islam mengagungi Al quran, dan mengakui beriman dengan Kitab Allah itu. Tetapi, kenapa Al quran hanya sekadar berada di rak-rak dan dibiarkan berhabuk, atau hanya sebagai perhiasan di dulang hantaran? Di manakah amal kita yang sepatutnya hadir bersama keimanan tadi?

Iman dan amal ibarat sepasang sayap burung. Burung tidak akan dapat terbang tanpa kedua-dua sayapnya. Iman tak bermakna tanpa amal. Jika kita benar-benar beriman kepada Allah, lahirkanlah dalam bentuk amalan.Tunduk dan patuhlah kepada perintah Allah.Tunduk dan patuhlah sebagai seorang HAMBA. Jika benar-benar beriman kepada Al Quran, fahamilah isinya, patuthlah arahan di dalamnya, dan yang penting buahkanlah amalan berlandaskan ajaran di dalam Al Quran.

Dan kepada Hari Kiamat, kita meyakini akan kehadirannya. Bersiap siagalah menghadapinya. Selagi ada masa untuk bertaubat, janganlah kau lengahkan. Siapa tahu, mungkin esok dunia ini akan menghadapi kehancuran. Jika tidak, siapa tahu saat ini, adalah saat terakhir kau membaca blog ku, kerana mungkin Izrail akan datang bertamu tidak lama lagi.


Selagi ada waktu, janganlah kau persiakan....


Comments

ellyWong said…
kann.... it is so near..

tapi, amy berharap sgt and berdoa, that I won't have to face it. takut. bintang berguguran..gunung crumble..

ya Allah, golongkanlah kami dikalangan org2 yg kamu kasihi.. amin
Mimiamilia said…
amin...

memang takut sangat2, at the same time macam nak sangat2 jumpa Allah.Semoga kita semua dapat keredhaannya and will meet in jannah..
umi nuha said…
thanks mi, kerna mengingatkan kepada sesuatu yg harus dibuat....
Mimiamilia said…
salam wani,
nak ingatkan jugak..bilanya nak update blog tu?hihihi