Aku sayang sangat Allah

Bismillah..

Sudah beberapa bulan berlalu. Perubahan demi perubahan dapat dilihat. Alhamdulillah, Allah sayang sangat pada aku. 
"Akak nak tanya pada pandangan awak la, bagaimana dosa-dosa yang kita buat dulu yer? Bila Allah memberi keampunan adakah dosa-dosa itu masih akan disebut di padang mahsyar nanti?" 
Erk? soalan kakak yang ku terima petang tadi ini  bukanlah mudah untuk dijawab. Belum sempat aku membuka mulut dia sudah menyambung,
"Bila teringat dosa-dosa lepas, dosa tak pakai tudung masa sekolah, dosa kita menggoreng masa mengajar, dosa pakai t-shirt lengan pendek..Isk banyaknya dosa! Kalau Allah kata Dia ampunkan dosa kita, macam mana tu yer?"
Ya Allah. Aku rasa tak terjawab. Kerana jika aku putar kembali silamku, dosa-dosa ku, ku kira sebesar gunung! Banyak! tak terhingga! Semua itu membuat mulut ku terkunci dan hanya melemparkan senyuman padanya.

Aku memang rasa 'blank' sebentar. Tapi aku gagahkan juga menuturkan kata-kata.
"Kak, saya tak la tahu sangat. Allahu 'alam. Yang saya tahu, kita masuk syurga adalah atas redhaNya. Walaupun kita ni kuat beribadah, bukan ibadah kita yang membawa kita masuk syurga.Tapi rahmat Allah itu. Setiap amalan kita pasti akan dihisab walau sebesar zarah pun.Jadi, di padang mashyar nanti pasti semua dosa kita akan diperhitungkan. Adakah syurga milik kita? Itu adalah di tangan Allah."
Walaupun bukan amalan yang menjamin kita masuk syurga, tapi dengan amalan itu jugalah kita mencari redhaNya. Seorang hamba kena sentiasa berusaha untuk 'please'kan tuannya (ampun! tak tahu nak cakap macam mana, please help me how to say it correctly in Malay). Begitulah juga kita. Kita hamba kepada Maha Pencipta, Penguasa alam ini. Jika kita hanya mengaku dia tuan kita tapi tak pernah nak buat apa yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang, adakah tuan kita akan sayang pada kita?

Kita selalu terlepas pandang perkara yang kita rasa 'takdela dosa sangat'. Perkara-perkara yang 'takdela dosa sangat' ni la yang makin lama makin menggelap hati dan menutup kita kepada cahaya kebenaran. Kita bercouple, tapi takdela dosa sangat sebab bukan pun jumpa. Kita tutup aurat, tapi takdela dosa sangat sebab at least kita bertudung walaupun baju tu ketat sedikit. Kita bercakap-cakap pasal seseorang, tapi takdela dosa sangat sebab apa yang kita cakap ni perkara betul walaupun perkara tu buruk. Ah! kalau mahu disenaraikan banyak perkara yang takdela dosa sangat. Bahkan mungkin sendiri pun selalu buat perkara 'takdelah dosa sangat' ni.

Astagfirullah..astagfirullah..astagfirullah.

Aku sangat sayang Allah. Walau pun dosaku menimbun, tapi dia masih membuka pintu taubat seluas-luasnya. Aku baru hanya berjalan mengejarnya, Dia telah mengejarku dengan berlari. Walaupun dosaku menggunung, Allah tak pernah ambil semua nikmat yang dia beri pada aku. Aku masih cukup pancaindera, aku tak pernah hidup melarat. 

Aku harap kau pun sayangkan Allah. Kejarlah Dia..kejarlah..dengan kadar kelajuan bunyi. Pasti dia mengejarmu dengan kelajuan cahaya. Walau kau insan yang penuh dipalit dosa, tapi dia tetap menyayangi kau. Bukankah kita makhluk yang sentiasa membutuhkan kasih sayang? Kasih sayang Allah adalah kasih sayang yang tak terhingga.Jangan berpaling lagi. Sahutlah seruan ku ini. Kembali lah kepada Tuhanmu....

Comments

Kay said…
menitis ari mata kali ketiga...

Allah sangat sayang pada kita... kita jek yg tak faham erti kasih sayang Dia...
fizz said…
Salam akak...

Saya sayang pada Allah, dan Allah juga sayang pada kita, sebab tu dia uji kita dengan bermacam ujian dan dugaan kan, nak tengok sejauh mana keimanan kita kepada-Nya...
Mimiamilia said…
salam kay,
semoga titisan air mata itu membuahkan penyesalan dan azam utk berubah menjasi lebih baik, insyaAllah.

fiza,
jgn kata kau beriman jika kau tidak di uji...
Khairi Mohd said…
salam, terima kasih... :)

Sangat bermakna..
Mimiamilia said…
salam khairi,

semoga jadi peringatan.InsyaAllah
MRCD said…
"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam"
Jika mahukan yang terbaik untuk kita , tidak kira bila dan di mana, peganglah kata-kata diatas ini.Jadikan perkara buruk yang pernah kita buat dahulu sebagai sempadan dan pengajaran dalam perjalanan menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.
hayati ibrahim said…
menusuk hati yati bila baca mimi...
:) terima kasih kerana menyedarkan yati semula..
Salam warahmatullah.

Kak, jemput dtg blog utk amek award.. silakan ye..

syukran. :)