Berlin yang manis

Hujung minggu ini penuh dengan keberkatan. Alhamdulillah, dipertemukan dengan insan-insan yang  gigih berkerja atas jalan dakwah. Semangat berkobar mereka, manis senyuman mereka memang pengubat segala penat lelah berjalan. Berlin meninggalkan kenangan manis.

Ajaibnya perasaan ini. Seolah sudah lama tertaut, sudah lama mengenali. Itulah hati-hati mereka yang mempunyai cita-cita yang sama. Mempunyai jiwa yang hanya didambakan untuk Allah. Unik dan sangat menyentuh. Bertaut kemas, dengan simpulan kukuh. Begitulah simpulan hati jundi-jundi Allah ini.
"dan Dialah yang mempersatukan hati mereka (orang beriman.) Walaupun kamu menginfakkan semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka , Sungguh dia maha perkasa Maha Bijaksana." [Al Anfal : 63]

Bagaimana ya, mahu digambarkan perasaan ini. Perasaan ini lebih best dari perasaan masa bercinta dulu. Makanya, memang sangat-sangat benarlah bahawa dengan meninggalkan cinta larangan itu, Allah telah campakkan ku perasan yang lebih manis dengan ukhuwah fillah ini. Bersyukur sangat-sangat. Takkan berpatah balik! Doakan aku thabat teman!



Now, back to work...satu conference paper harus disiapkan malam ni. Ya Allah, permudahkan lah..

Comments

MRCD said…
Ukhwah itu memang indah andainya disulami dgn keinginan bertemu dan berpisah kerana Allah.
Mimiamilia said…
salam,
ya memang benar..ukhuwah, kasih sayang dan cinta yang diikat dengan pengharapan redha Allah pasti akan indah.
ShaRe MoTivAsI said…
salam..alhamdulillah, ukhuwah yg dibina kerana Allah pasti meninggalkan memori yg indah..=)
iu rf said…
berlin duk kt umah saper mi?
Mimiamilia said…
rumah kak mar