Apalagi yang patut ku ucapkan, hanya perkataan syukur yang meniti di bibir ini. Alhamdulillah...alhamdulillah.. alhamdulillah. Setelah berhempas pulas selama dua minggu lebih, akhirnya siap sudah kerjaku itu. Melihat email yang dihantar supervisor kepada pihak penganjur, terasa sangat-sangat lega. Sudah berlalu satu pekerjaan, maka kena bersiap sedia berhempas pulas untuk pekerjaan yang lain. Habisnya satu kerja bukan bermakna kita ada masa untuk bersenang-senang sementara melakukan pekerjaan baru.
Maka apabila engkau telah selesai ( dari suatu urusan) tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)(Al Insyirah:7)
Jika kita mengamalkan cara bekerja begini, InsyaAllah Allah akan melapangkan dada kita dengan tidak dibebabni kerja-kerja last minute. Walaupun ramai yang mengatakan kerja under pressure tu kadang-kadang lebih baik, tetapi tidak sebaik jika dibandingkan pekerjaan yang sudah dimulai dari awal. Takkan sama hasil orang yang bersungguh-sungguh dari mula dari hasil mereka yang bekerja di saat akhir. (Peringatan untuk diri sendiri)
Sudah dua minggu aku tidak ke kelas Arab. Minggu ni dapat bersua muka semula dengan Ustaz muhammad. Melihat wajah ustaz dan disapa olehnya sebaik melangkah masuk ke bangunan Andalus itu, sudah dapat memberikan ketenangan hati. Sepanjang hidupku, inilah kelas bahasa Arab yang paling seronok pernah ku hadiri. Kebiasaannya, ada 6 orang pelajar di dalam kelas. Tetapi hari Selasa itu ada seorang pelajar yang tidak pernah aku lihatnya sebelum ini. Yang mengkagumkan aku dia adalah 'orang putih'. Dan menambah kekaguman aku, tahap bahasa Arab dia lebih tinggi dari aku. Ini merupakan satu motivasi untuk diri sendiri. Ya Allah,permudahkan aku belajar Bahasa SyurgaMu ini. Dan aku berdoa kepada semua yang membaca blog ini, supaya di dorongkan hati untuk menguasai bahasa Al Quran ini.
Malam selepas kelas, aku tidur di rumah seorang kakak yang aku sayangi ini (ayat jiwang..heeee). Rindu berborak-borak dengan dia.Dapat mengaminkan bacaan doanya yang panjang selepas solat Isya bersama, terasa seronok sangat di hati.
"Bestnya dengar doa ustazah ni.Panjang-panjang" aku kata dengan nada bergurau.(Sememangnya dia seorang ustazah yang sedang buat PhD)
Banyak yang aku pelajari malam itu. Dia berkongsi ilmunya mengenai azan yang diperolehi selepas menonton rancangan Halaqah secara online (Boleh menonton di TV9 setiap ahad pukul 9 malam) .Di dalam rancangan itu, ada dua orang panel dan salah seorang daripadanya membuat kajian mengenai terapi azan. Berikut aku ringkaskan mengenai azan menurut Dr tersebut dari sudut sains ini :
1) Ketika azan diseru, gelombang otak kita boleh mengesannya. Gelombang otak ada 4 :
- Beta : Gelombang yang amplitudnya kecil dan terletak di otak kiri. Otak mengeluarkan gelombang ini ketika kita sedang berfikir, sedang stress dan segala yang berkaitan dengan hiruk pikuk dan menyakitkan otak.Lebih 90% manusia berada dalam gelombang ini. Manusia yang otaknya sentiasa berada dalam gelombang ini biasa nakal, jahat, stress, bersangka buruk.Jika kita tak keluar dari gelombang beta, kita sentiasa berada dlm gelombang yang tinggi
- Alpha : Gelombang ketika kita bersantai/relax. Contoh ketika kita tengok tv.
- Tetha: Gelombang ketika kita hendak berehat. Biasanya ketika kita hendak tidur setelah penat bekerja ketika di awal kita tidur (tidur-tidur ayam).
- Delta : Gelombang paling rendah iaitu ketika tidur nyenyak tanpa mimpi.
2) Azan terletak dalam gelombang tetha. Banyak keajaiban yang berlaku dalam gelombang ini. Dunia akan binasa seandainya tiada gelombang tetha. Azan adalah panggilan yang tidak pernah putus di serata dunia. Bila azan berkumandang ia akan menurukan gelombang bumi.Azan adalah stabilizer.
3) Pada asasnya nak khusyuk solat kena solat tepat pada waktunya kerana gelombang telah turun setelah azan berkumandang yang memudahkan kita untuk khusyuk solat. (Terus solat selepas azan).Kalau kita tak solat sebaik sahaja selepas azan, gelombang kita akan rosak dan kita akan solat dalam gelombang beta.
4) Gelombang tetha dapat merangsang pengeluaran 3 hormon : melatonin (penting untuk menjaga sleep cycle), endorfin dan serotonin(dipanggil agen keceriaan).
5)Azan boleh membantu kesukaran tidur malam. Student yang hendak memulakan ulangkaji juga boleh cuba terapi azan ini dengan mendengar azan sebelum memulakan ulangkaji.InsyaAllah, jika belajar dalam gelombang rendah, ingatan terhadap pelajaran yg diulangkaji akan lebih panjang. Rumah yang sentiasa diazankan pun akan lebih tenteram, anak-anak kurang nakal.
Allahu'lam. Sekadar berkongsi apa yang diperolehi daripada rancangan Halaqah tersebut. Kesimpulannya, jika dengar azan jangan bercakap, kalau tv berkumandang azan, jangan lah di tutup. Sebaik sahaja azan tamat segeralah solat.Azan adalah panahan syaitan.Kita semua tahu, syaitan itu boleh berlari dalam darah daging kita.Jika kita sentiasa mendengar azan, InsyaAllah, syaitan akan berlari keluar dari diri kita.
Comments
Semoga dapat manfaat yer :)
Mrcd,
yup..u are definiteky right.selamat beramal dgn ilmu yang sedikit ini...:)